ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S VESPA kini dibuka

Views

NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi skuter jenama Vespa di Malaysia, telah merasmikan pembukaan pusat 3S VESPA yang pertama yang terletak di Petaling Jaya hari ini. Hadir untuk acara perasmian tersebut ialah YB Dato’ Razali Hj. Ibrahim, Timbalan Menteri Belia & Sukan, H.E. Folco De Luca Gabrielli, Duta Itali ke Malaysia, En. Mark Franklin, Pengarah Urusan Piaggio APAC, Dato’ SM Zulkifli SM Amin, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan NAZA, En. Judah Sangaran, Pengurus Jualan Serantau Piaggio Asia Pacific Pte Ltd dan En. Nik Danial Nik Mahmood, Timbalan Presiden NAZA Two Wheels Division.

Dengan pelaburan berjumlah RM1 juta dan fasiliti berkeluasan 3,000 kaki persegi, NAZA Premira kini menjanjikan sokongan kepada pengedar dan khidmat penyelenggaraan kepada pembeli setia jenama Vespa. Bilik pameran tersebut merupakan tambahan kepada NAZA Automall di Petaling Jaya dan berfungsi sebagai pusat sehenti 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) termasuk dengan bengkel yang mempunyai 3 ruangan servis.

Terdapat pelbagai pilihan skuter Vespa, aksesori dan barangan gaya hidup dipamerkan di bilik pameran tersebut. NAZA Premira, merancang untuk membuka 4 lagi bilik pameran sebelum hujung tahun ini, 1 di Pulau Pinang (bakal memulakan operasi) dan baki 3 lagi yang terletak di Melaka, Johor Bharu dan Puchong.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments


  • Bro Campro,

    Ada cerita baru lagi tentang PROTON. Kali ni VW nak renew bid untuk takeover PROTON. Dari segi ekonomi dan monetary profit rasanya bagus juga VW ni takeover PROTON. Nanti sure ada spillover economic effect kat semua rakyat Malaysia. Tengok saja la apa yang VW dah transformasikan kat SKODA yang rugi memanjang dulu.

    Tapi dari segi kebangsaan dan jati diri macam rugi pulak. Cuma kalau jadi la VW ni beli PROTON, maka PROTON akan bakal share platform dengan Golf, Polo dan yang paling penting EMAS tu jadi kenyataan.

    Kalau VW dah takeover PROTON juga, maknanya kerajaan boleh liberalise market kereta Malaysia. Sure berbondong2 la pengeluar kereta dari luar buka business dan R&D kat sini. Tak mustahil juga company kereta yang dah bertapak di Thailand dan Indonesia sekarang ni masuk semula set-up base kat Malaysia sebab Thailand dan Indonesia ni ada risiko bencana alam dan ketidaktentuan politik.

    Apa-apapun, benda ni ada baik buruknya. Dan kalau jadi Syed Mokhtar Bukhari la yang paling untung.

    Sumber:-
    VW mulls renewed bid for Proton: Sources
    BERLIN, July 19 – Volkswagen is considering launching a new bid for Malaysia’s Proton as Europe’s largest car maker aims to tap growing southeast Asian markets in its quest for global dominance, sources familiar with the matter said today

    http://www.themalaysianinsider.com/business/article/vw-mulls-renewed-bid-for-proton-sources/


    • Mmm…kalau deal dgn VW kena ar hati2. Pastikan manfaatnya win-win dan tidak berat sebelah seperti mana kegagalan JV VW-proton sebelum nie. Masih ingat perodua sehingga sekarang kekal menjadi pemasang kereta2 rebadge toyota/daihatsu a.k.a proksi syarikat jepun tu? So, kita xnak lah lihat perkara nie berlaku kat proton; pengeluar kereta nasional. Mmg mudah merujuk hasil usaha VW memulihkan company seperti skoda dll. Dan skoda tu mmg dah milik VW pun utk pasaran eropah timurnya yg mmg tak ganggu pun pasaran kereta2 VW.

      Even Asia adalah pasaran terbesarnya selepas europe n amerika selatan. Cuma blok pasaran asean jer diorg nie masih x dpt tembusi dek kerana ada negara (m’sia) yg menjadi pengeluar kereta (proton) di sini. Jepun dah berjaya memasuki blok asean nie melalui peroduanya, takkn kita nak lihat VW buat begitu kerana matlamatnya nak memecahkan dominasi kereta nasional dan mengembangkan pengaruhnya di sebelah sini dan sekali gus lengkaplah strategi penguasaan globalnya menjadi jenama ternama di dunia.
      Ada sesiapa terfikir x?… mmm… itu yg saya terfikirkan; Sekat peluang company kecil utk kembangkan potensi melalui milikan share besar dan menidakkan firma rekabentuk bebas (sprti Italdesign; sekarang dah jadi pun miliknya dan x bleh lagi design utk company2 luar yg bukan ank syarikat VW).

      salam ramadhan n cheers!


  • Kalau Playboy tu dikatakan simbol sex.. Vespa ni simbol Agogo..hahaha

    Vespa ni memberikan suasana zaman 70 ~ 80 an, menunggangnya penuh bersantai sambil hirup udara segar.

    Sesuai ni untuk pusing-pusing taman, ke masjid.. lasak2 pomboley..

    tengok kat mudah.my, Vespa lama yg dah cat balik sampai RM5 ribu jugak…

Leave a Reply