ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Volkswagen Seremban dibuka secara rasmi

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan HICOM Auto Sdn Bhd (HICOM Auto) telah merasmikan pembukaan Pusat 3S Volkswagen Seremban. Ia merupakan satu-satunya pusat yang diiktirafkan oleh Volkswagen di Negeri Sembilan dan Pusat 3S Volkswagen kedua oleh HICOM Auto selepas Volkswagen Semenyih. Pusat 3S yang terletak di kawasan industri Oakland ini dibina dengan kos pelaburan awal berjumlah RM1.5 juta.

Dengan keluasan lebih daripada 24,735 kaki persegi, bilik pameran ini mampu menempatkan sehingga lapan buah kenderaan dan sebuah ‘lounge’ demi memberi kemudahan kepada para pelanggan. Pusat servisnya juga mempunyai 13 ruang servis yang dikendalikan oleh 18 orang kakitangan selepas jualan berpengalaman dan berupaya menyelenggara sehingga 20 buah kenderaan sehari.

Pusat 3S Volkswagen Seremban juga menyediakan perkhidmatan “Pengambilan & Penghantaran” kenderaan kepada para pelanggan yang tinggal dalam lingkungan 5km daripada Pusat ini. Bagi memudahkan para pelanggan, penasihat jualan Pusat 3S ini juga boleh menghantar kereta baharu ke rumah atau pejabat di atas permintaan.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Pusat 3S Volkswagen Seremban adalah bukti usaha berterusan VPCM dalam memastikan keperluan pelanggan dipenuhi. Ketua Automotif, Bahagian Pengedaran Automotif dan Pengilangan & Kejuruteraan DRB-HICOM Berhad, Rohime Shafie memberitahu pihaknya komited untuk memastikan pengalaman pemilikan yang positif buat para pelanggan Volkswagen di Negeri Sembilan.

Pusat 3S Volkswagen Seremban dibuka dari Isnin hingga Sabtu mulai jam 8:30 pagi hingga 7:00 malam. Pada hari Ahad dan cuti umum, ia dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Perkhidmatan selepas jualan pula dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5:30 petang dan 8:30 pagi hingga 1:00 petang pada hari Sabtu.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply