ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rekaan Saga R concept dari Najmi Rosdi!

Views

saga concept 1

Saya begitu tertarik dengan rekaan Saga R concept dari Najmi Rosdi yang telah dimuatnaik di laman Facebook Autostylista. Nampak kemas dan sporty. Sayap Proton di bahagian gril hadapannya telah diolah dengan begitu unik dan bumpernya tidak perlu lagi dipasang skirting untuk mendapatkan rupa yang lebih garang. Lampu hadapannya juga menarik dan ada kesinambungan daripada gaya rekaan Saga BLM & FLX. Apa pendapat anda?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

14 Comments


  • — lampu dpn kasi sambung dgn grill utk dptkan single graphic image front end.
    — proton wings perlu dimansuhkan utk generasi model2 akan dtg, cuba try single chrome line seakan model2 VW, lebih kemas & sgt sesuai diadaptasi dgn logo proton.
    — lampu signal lebih sesuai diletakkan di side mirror.
    — wiper perlu disorokkan (tugas mudah tp menambahkan kekemasan).
    — lampu belakang mesti horizontal, sesuai dgn trend semasa & lebih ‘timeless’ jika dibandingkan dgn lampu vertical ala2 Suprima S & GSC (kesilapan bsr bg proton pd pndgn saya).
    — posisi nombor plate belakang perlu di bumper, bknnya di bonet.

    Model2 proton akan dtg mestilah KEMAS. Inilah resipi kebanyakan pengeluar2 kereta zaman kini. Sila sokong. Terima kasih.


    • Lampu depan tak yah sambung ngan grill. macam ni pon dah ok. Pasal “kumpulan wings” tu tak dak pon takpa. Try amik “Kumpulan Search” pulak.


    • Mmm… lampu depan tu rasanya kekalkan jer dgn tema rekaan single graphic. Lampu tu sambung terus dgn grill. sayap kat logo tu maintain jer baru ada kesinambungan model2 terdahulu cuma beri sentuhan kreatif:) Apa kata sayap tu terus bersambung ke dalam lampu depan tu. Guna teknik mcm vios baharu, tentu menarik;) Apa2 pun, muka depan biar nampak garang (inspiriasi harimau) n masculine. X nk nampak poyo, x nk nampak mcm arnab yg manja, ular, dugong yg comel atau helang. Vios baru sekali pandang dah mcm arnab hybird jer. haha. Gurau:)

      cheers!


  • Maaf ye, tp sy rasa dr segi “kekemasan” dan “kacantikan” design sesebuah kereta tu bgantung pd pandangan masing2..mungkin komen saudara ada betulnya, tp dr segi design yg bro najmi tampilkan pun tak ada yg salahnya, kita sama2 la sokong industri automotif khususnye industri automotif tempatan yg tak besar mana pun ni, kalau bkn kita yg sokong, sape lg yg nak naikkan industri automotif kita ni..just seposen sy 😀


  • Alahai style rim terjulur ni aku xminat neh..ini buat R3 oklah..
    kang hari2 antar anak asyik tenyeh pavement jer..
    utk common daily car.. patut padan le sporty tu..


  • Memang tiada salahnya lakaran Najmi Rosdi ni. Sangat kemas. Tapi pada pndgn saya, perlu sikit ‘touch up’. Model2 generasi baru proton memang kemas, tapi perlu sikit je adjustment lagi. Orang kata, alang2 buat tu, biar pulun terus. Mcm preve, design mmg dah terbaik. Front end, silhouette sisi dah perfect. Cuma belakang & interior je kena touch up sikit. Design belakang tak perlu terlalu ‘busy’. Tak perlu banyak lekuk and linings (eg preve & suprima). Jika boleh, nombor plate sila posisikan di bumper belakang, bkn di bonet. Interior pula tak perlulah Azlan Othman pening2 kepala nak fikir itu ini, sila ambil inspirasi dari Qoros 3 atau 2013 Seat Leon. Kemas, elegant & simple. Habis cerita.


  • Agree dengan bahagian belakang….. boleh amik contoh Volvo V40 dan Volkswagen Golf GTI, Kia Sportage, BMW X6 dan lain.

    – lampu belakang mesti horizontal, sesuai dgn trend semasa & lebih ‘timeless’ jika dibandingkan dgn lampu vertical ala2 Suprima S & GSC (kesilapan bsr bg proton pd pndgn saya).
    – posisi nombor plate belakang perlu di bumper, bknnya di bonet.


  • Proton perlu benchmark design kereta ke arah european berbanding asian untuk dapatkan title design styling kereta yang menarik seperti Kia


    • Setuju dgn bro mie. Kita boleh lihat sememangnya design model2 generasi baru proton lebih ke arah european skrg, tetapi perlu kasi kemaskan sikit. Kalau baca respon2 consumer di negara luar tentang proton, ramai yg memuji design proton skrg ni. terutamanya preve.

Leave a Reply