ARKIB

KATEGORI

Buletin

Spyshots Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) berbungkus!

Views

spayshots gsc instagram

* gambar sekadar hiasan

Spyshots Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) terbaru ini telah dikirim melalui email oleh rakan kita kigabex sebentar tadi. Menurutnya, foto ini adalah print screen daripada sebuah video ringkas yang telah dimuatnaik di laman Instagram. Kali ini dah nampak rekaan rim yang kedua, setelah rim yang sebelumnya kita dapat lihat pada spyshots atas treler. Pada saya rim ini nampak lebih menarik dan sporty, ada kemungkinan rim ini akan membezakan varian 1.3 dan 1.6 NFE. Nampak macam rim Subaru XV Concept kan? 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

65 Comments


    • Harap takde la diorang nak paksa owner untuk guna minyak fully synthetics baru boleh servis setiap 10 Ribu KM. Hell, even Perodua punya minyak yang harga dalam RM90 sebotol tu pun dah officially boleh digunakan untuk 10 Ribu KM……Proton dah umum secara official ke belum, berkenaan minyak ni? Baru la pusat service takleh main paksa-paksa owner pakai minyak fully synthetics yang mahal-mahal kononnya baru boleh guna untuk 10 Ribu KM.


      • Aku gi Proton Edar 3S sejk 3 tahun lepas SAGA, PERSONA xpernah dengar plat kt telinga service advisor suruh pakai Syntium 1000 (full-synt), yg diorng masuk dlm apkej servis siap2 ialah Syntium 800-semi.. klu nk mineral not recomended kot utk keta baru..


      • Betul bro,

        Semi synthetic tu dah boleh 10,000km dan full synthetic boleh pergi at least 15,000km. 5,000km tu minyak mineral je..

        Kalau belek buku service Proton Persona E, buku tu tulis camni plak, “5,000km utk kegunaan lasak dan 10,000km utk kegunaan biasa”. Saya argue dengan SC. SC kata saya perlu comply 5,000km. Saya pula claim saya pandu secara kegunaan biasa, saya tak drive lasak…Lepas masing2 tak puas hati, saya cakap, “you nak service kereta saya ke tak?” Then dia terima jelah…

        Sama macam SC Honda, paksa service setiap 5,000km.

        Proton Savvy plak, minyak RM120 (Synthium 800) tapi service interval 10,000km..


        • Itulah yang aku cuba nak bagitau. Budak pakai Myvi bagitau aku yang dengan minyak 4L berharga dekat RM90 dijual di Perodua SC, ia sudah cukup untuk kegunaan 10 Ribu KM. Sedangkan kalau kat SC Proton, siap nak bergaduh bertekak semata-mata nak paksa pengguna supaya tetap jugak servis setiap 5 Ribu KM. Nampak sangat SC mana yang jenis nak mencari untuk lebih segara hina dan jijik. Proton hari bertindak bagi mengatasi masalah ini.

          Most pengguna tak suka bertekak, maka mereka telan ajelah apa yang disumbat oleh SC. Tapi dalam hati mereka sudah tentu menyimpan satu rasa yang tidak seronok dengan Proton punya after sales service. Rasa korang, pengguna yang menjadi mangsa ni, kalau ada pilihan lain selain Proton, adakah diorang akan mengucapkan selamat jalan kepada Proton? Aku rasa majoriti akan berbuat demikian.

          Sebab tu tadi kat atas aku ada tanya, Proton ada tak menyatakan secara rasmi berkenaan hal ni? Ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dipihak pengguna dan mengelakkan manipulasi hina dan jijik dipihak SC.


        • ok.

          5k km atau 10k km tu aku rasa bergantung kepada:
          A. penggunaan kereta.
          B. jenis myk itam

          part A:
          dlm booklet honda jazz,
          severe conditions ada 5:
          1. driving less than 8km/trip
          2. driving in extremely hot (over 35 deg celcius) conditions
          3. extensive idling or long periods of stop-and-go driving.
          4. towing trailer, driving with a loaded roof rack, or driving in mountaainous conditions
          5. driving on muddy, dusty, or de-iced roads.

          part B:
          full synthethic lg tahan lama.

          cuba refer manual kereta masing2.
          kalu SC betah, suh rendam air booklet tu, kasi diorg minum.

          as for me, aku akan pergi yg every 5k km sbb kete aku fall under part A, point no. 3.


          • Setuju bro..

            Mode interval service tu reflect pada penggunaan pemandunya juga..

            In my case, that actually is my wife’s Persona E, 10 bulan pun susah nak dapat 5,000km..jadi saya apply interval service by 6 months basis. Jadi xsampai 5,000km pun, kena service jugak bila dah 6 bulan..


      • saya setuju bab ini…. proton patut clearkan 5k atau 10k kah untuk semi biar terang… ini sc ckp fully saja untuk 10k… boleh jer bertekak semi buat 10k tp kang nanti apa2 nak claim waranty takut dia mengeluat bagi alasan mcm2 plak, tak ikut rekemen proton la apa la… please proton… hitam putih.. semi 5k ker 10k


  • Lagi satu la kan, si chako tu duduk kat marketing apa sangat la yang dia buat? Iklan Suprima S yang KRU buat tu pun macam iklan tahun 90-an aje. Kena ambil ad agencies yang bagus2 la buat kempen yang ada theme gitu untuk kesemua kereta Proton sebenarnya.

    Lagi satu bab enjin. Harapnya GSC ni kalau guna Campro pun (Tak kira la IAFM ke, CPS ke, CFE ke, NFE ke) buang jelah nama Campro tu. Nama campro tu reputasinya tak berapa baik. Dah improve 3 generation pun bila orang dengar Campro, terus macam kena alahan.

    Diharap pengurusan baru guna nama baru untuk enjin ni. Buang stigma masyarakat gitu. Macam kes power window, DSZ bagi warranty 10 tahun baru orang yakin banget. Sekarang pun mana ada dengar kes power window ni. VIOS yang 6 tahun pun masalah power window juga.


    • Better maintain nama Campro tu. Baru la nampak ketelusan dan tak nampak cubaan nak misleading orang. Nanti kang tak pasal jadi bahan oleh salesman pesaing dan pembenci-pembenci Proton.


      • betull… bila betul betul tukar enjin, baru tukar nama. kalau still base campro, walau pun dah improve, kena pakai name campro jugak… boleh laa kalau nak letak version macam campro 2.. campro 3..

        kalau still campro tapi tukar name, tu akan mislead pengguna. jadi bahan lawak je nanti… paling teruk walaupun dah tukar semua enjin baru, org still ckp ni still based on campro, cuma tukar name… tak ke haru nanti nak ubah perception pengguna.


      • Rilek bro. Kawan kita tu asking a valid question. Takkan harga nak lawan Myvi kot? Walaupun dia copy-paste, pengguna taknak tau semua tu, yang pengguna nak tau ialah berapa harga atas jalan, after sales service ok ke tidak dan lain-lain yang berkenaan. Ini telah terbukti bila kita sendiri boleh tengok camne jualan Perodua berbanding Proton. Ini bukan masa untuk terlalu fanatik sampai kita tutup mata dari sebarang soalan atau kritikan.


        • Mulut tempayan boleh tutup. mulut org susah. Dulu xda enjin bash proton, buat enjin, bash xda kualiti, design sendiri bash design buruk, kuar product kopipes pun bash xda duit xda idea nak buat kereta baru, buat kereta baru bash hina2 kutuk2 system letak xda makna, buat keta kosong xda system, kata xpikir pasal safety org memandu sbb nk untung je, keta ketinggalan zaman letak tek 20 tahun lepas. tau kan rate cukai kereta berapa, kalau keta tu letak harga 40 k, harga tanpa cukai brapa 20k? nk bagun kan model baru pun 250juta. jual keta 20k. cukai lg brapa? kalau la aku proton yg amik idea pengguna ni nak kan apa? aku pun pening nk bisness. Senang kata bg je cadangan nilai Ringgit Malaysia ni naik mencanak, jadi nilai tukar tinggi, singgit jadi 8 juta poun steling ke, ha time tu bolh jgk brag murah.. sori kalau terasa, xniat pun cuma pening org nk apa sebnarnye. hehe peace yo..


          • Banyak sumber yang aku dengar, GSC ni target untuk 5-Star Rating (maybe ANCAP). Tapi tak sure la semua model atau model atasan saja. Aku harap diorang follow Preve, kasi untuk semua model. Ini akan jadi satu selling point yang sangat baik, provided reliability kereta ni ok.


          • Pd ak proton ad silap dlm isu rebadge ni.proton rebadge kereta yg pernah@dh ad dlm pasaran msia.tu psl majoriti rakyat kutuk n ckp proton xreti buat kereta…tau copy je.beza dgn perodua…rebadge kereta yg tiada dlm pasaran msia..masih ramai lg golongan yg xfollow dunia automotif ni btl2..golongan ni la yg selalu kutuk proton.psl dorg xfaham..


  • hope these model can beats myvi etc…hahaha…mgharapkn ada kualiti n safe features utk model ni…fuel safe lgi bgus n harga xmelambung mcam myvi


    • Dari segi safety feature, aku berani cukur kepala cakap yang Proton GSC jauh lebih baik dari Myvi. Tapi dari segi lain-lain, macam kualiti, fuel economy dan lain-lain, itu memang belum tau lagi. Kena tunggu official statement atau tunggu dah ada orang test.


  • Kenapa la hati aku berat mengatakan macam Hyundai EON. Lampu belakang Hyundai EON baru nampak sama mcm Proton GSC yg bertampal koyok. Harap2 ia berbeza sama sekali.


    • Physically, I think its better than Myvi. After all they must have taken Myvi and others into consideration. But in term of reliability, which is the most important aspect, your guest is as good as mine.


    • Specs is one thing but reliability is quite another. The latter is far more important thus leaving a profound effect to the buyer.


      • ‘Reliability’ bukan senang nak capai dalam 1-2 tahun. Bila model baru keluar, sebut pasal reliability memang tak masuk akal. Toyota achieve reliability pun sebabkan track record 30 tahun. Kalau Proton nak advertise kereta mereka ada ‘reliability’ memang agak kelakar. Tak pernah dibuat orang kalau marketing decide to push on ‘reliability’ factor. Orang akan question balik. Reliability datang dari track record, dan Proton tak ada track record. Itu sebab bila kat Proton, reliability itu masih dicari. Apa yang boleh buat bila model baru, kena market pada surface (design, spec, features, price). Ini je yang boleh dibuat. Reliability itu perlukan masa dan ongoing process. Bila dah beli baru tau reliable ke tak. Untuk push product, kene ada design, spec, features, price.. untuk maintain dan berjaya dalam industry, kena kejar reliability.


  • Payah untuk dapatkan reliability/kualiti seperti toyota/honda/nissan(japanese manufacture) disebabkan cara orang jepun tu bekerja (termasuk R&D dan production). Apa yang proton perlu buat adalah fokus kepada kos ownership kereta termasuk harga kereta murah, enjin jimat minyak dan maintenance murah termasuk kelebihan lain seperti teknologi baru, styling cantik dan lain macam handset la (feature baru dan menarik)


  • Semua dok compare dengan Myvi lagi. Dah macam rewind kaset lama masa zaman Savvy tu. DRB-HICOM dah tak heran dah dengan Myvi tu. Proton bukan nak jadi no.1 di Malaysia, tapi GSC ni nama pun GLOBAL SMALL CAR, bukan JKC = Jaguh Kampung Car.

    DRB-HICOM target nak jual 500k unti kereta Proton dalam masa 2 tahun ni. Market Malaysia ni 650k kereta je setahun. Ini target jualan tinggi seluruh dunia. Macam yang KRU buat tu, modal filem besar tapi tak harap pun pulangan kat Negara sendiri. Eksport ke luar, sikit-sikit pun bila dicampur semua jadi banyak juga, boleh cover modal dan dapat untung.

    Sebab tu la Proton sekarang ni beria-ia buat ciri2 keselamatan (Airbag, ABS,EBD,ESC) standard all around the range. Sedangkan versi SV pun ada benda-benda ni, dan yang ditolak ke tepi adalah aksesori semata. Ikut priority.

    Dalam masa yang sama bila fikir monetary profit sahaja, sebab tu lah ada syarikat kenderaan global yang keluarkan kereta dia di Malaysia dengan harga tak munasabah tanpa ciri-ciri keselamatan tambahan. Kereta yang high end pun airbag ada 2 sahaja, apatah lagi ESC/VSC pun takde.


  • hilang sudah.. sigh.. kamon proton.. blog ni tengah hangat promote .. harap jgn email suruh delete tanpa membaca komen2 dari semua yang berisi dan berinti dengan hati terbuka..


  • Ialah mula-mula depa bagi gambar yg selak sikit je kat bawah.. kan lepas ni depa bagi gambar yg selak semua…tu yg Proton sound cepat2 admin kot… hehehe.. kelakar la Proton ni, nak buat cam mane zaman Teknologi Maklumat di hujung jari sekarang ni… sekali sentuh je maklumat tersebar seluruh dunia… sampai nun india sana pon tahu pasal model baru ni.. apa2 pon tahniah Proton dan admin menghangat kembali dunia permotoran kita..

Leave a Reply