ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Return of the Legends’ tawar barisan MPV mewah terkini

Views

NW Motors (Naza Motor Trading Sdn Bhd) pengimport kenderaan mewah yang terbesar dan terkemuka di Malaysia mengumumkan kempen ‘Return of the Legends’ dengan menawarkan pelbagai model premium mewah baharu di Naza Automall, Petaling Jaya. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Naza World, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin berkata legasi Kumpulan Naza bermula di sebuah lot kedai di Taman Maluri, Cheras. Ia kemudiannya berkembang menjadi pengimport kenderaan mewah dan premium yang terbesar dan terkemuka di Malaysia.

Kempen ‘Return of the Legends’ akan bermula Sabtu ini (esok) 9 Disember 2017 di Naza Automall, bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang menawarkan barisan MPV terbaik dengan kondisi terbaik, stok yang pelbagai serta hadiah percuma. Antara model yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Toyota Vellfire, Alphard, Estima, Wish dan Honda Odyssey, Stream dan banyak lagi.

Kempen ini menyasarkan untuk memberi tawaran yang lebih baik kepada pelanggan dengan pelbagai jenama mewah premium terkini, kualiti yang terbaik dan diimport sepenuhnya dari pembekal yang dipercayai di Jepun. Salah seorang pelanggan tetap NW Motors, Datuk Fatul Rahim berkata beliau sentiasa bergantung kepada NW Motors untuk memberikan tawaran yang terbaik. Sejak beberapa tahun, beliau telah membeli dua kenderaan dan amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan nasihat yang diberikan oleh pasukan yang sangat mesra di NW Motors.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply