ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFO : Kemalangan akibat terlanggar objek atau lubang atas jalan raya, apa yang perlu anda buat?

Views

Bila sebut tentang jalan berlubang atau rosak, terus kami ingat perjuangan Lando Zawawi dan Brotherhoodnya yang sanggup keluarkan duit poket sendiri untuk menampal jalan tersebut demi kebaikan pengguna jalan raya yang lain. Kalau ikutkan itu adalah di bawah penyelenggaraan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran jika jalan biasa atau syarikat konsesi lebuh raya jika ia berlaku di lebuh raya.

Jika anda sedang memandu di lebuh raya atau jalan raya dan secara tiba-tiba terlanggar objek atas jalan atau mengalami kemalangan disebabkan terlanggar lubang atas jalan raya, apa yang perlu anda buat? Nak buat tuntutan pada siapa? Menurut laman Facebook Jumpa Kat Mahkamah, andainya ia berlaku, anda boleh mengemukakan tuntutan terhadap pihak yang berkenaan.

Ini kerana pihak syarikat konsesi lebuh raya atau pihak berkuasa tempatan mempunyai insurans takaful dan boleh memberi pampasan kepada anda, tanpa perlu anda menggunakan insurans kereta anda sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut. Apa yang penting NCD kenderaan anda selamat dan tidak akan terjejas. Nak tau apa itu NCD klik pautan di bawah.

BACA >> Diskaun Tiada Tuntutan (No Claim Discount/NCD) mampu menjimatkan premium insurans anda

Bagaimanakah caranya?

Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Selepas kemalangan, ambil gambar dahulu sebagai bahan bukti.
  2. Kemudian buat laporan polis. Dalam laporan tersebut anda perlu nyatakan nama jalan, kilometer berapa, tarikh dan masa kejadian berlaku.
  3. Semak dengan pihak polis sama ada jalan tersebut jatuh di bawah bidang kuasa selenggaraan PBT mana dan terus ke pejabat khidmat pelanggan PBT tersebut atau jika kes di lebuh raya, pejabat syarikat konsesi tol.
  4. Anda akan diminta untuk mengisi borang tuntutan dan memberikan laporan polis serta gambar kejadian.

Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pihak insurans akan menghantar penyiasatnya ke lokasi kejadian untuk menyiasat kawasan kejadian. Selepas siasatan dijalankan, pihak insurans akan mengeluarkan pendapatnya dan tawaran pampasan ganti rugi yang wajar diberikan kepada anda.

Sumber : Jumpa Kat Mahkamah
Foto kredit Perak Today.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply