ARKIB

KATEGORI

Buletin

RHB Now serah 5 buah Vespa kepada pemenang kempen ‘Italia Mania’

Views

IMG_001

RHB Bank Berhad telah menghadiahkan Vespa GTS 300 kepada 5 pemenang hadiah utama yang bertuah kempen RHB Now “Italia Mania”. Selain itu 3 pemenang bulanan telah dipilih untuk memenangi percutian ke Itali yang ditanggung sepenuhnya oleh RHB. Hadiah telah disampaikan kepada pemenang di Pusat 3S Vespa 3S di Petaling Jaya. NAZA Premira Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan NAZA dan juga pengedar rasmi Vespa di Malaysia, merupakan rakan eksklusif kempen RHB Now ‘Italia Mania’.

Kempen RHB Now ‘Italia Mania’, yang telah berlangsung pada 16 Oktober 2012 hingga 31 Disember 2012 mendapat sambutan hangat daripada pelanggan RHB Now dan menyaksikan peningkatan 30% jumlah transaksi dan 46% nilai transaksi sepanjang tempoh 11 minggu kempen.

IMG_002

Kini pelanggan servis RHB Now Internet dan Mobile Banking boleh memiliki sebuah Vespa hasil kerjasama dengan NAZA Motors. Lebih daripada 1,000 unit telah berjaya dijual pada tahun 2012. Pelanggan RHB juga boleh memiliki sebuah Italian Vespa LX150 pada harga RM8,888, yang boleh dibuat secara online melalui RHB Now atau ansuran bulanan mudah melalui kad kredit RHB untuk tempoh dua tahun. Pinjaman peribadi dari RHB Easy juga disediakan untuk pembelian skuter Vespa.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply