ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saga baharu bakal dilancarkan pada minggu terakhir bulan ini

Views

Kereta “rakyat marhaen” yang paling ditunggu-tunggu, Proton Saga generasi baharu dikhabarkan bakal dilancarkan pada minggu terakhir bulan ini. Proton buat masa ini sedang bekerja keras untuk mempersiapkan bekalan stok Saga baharu di kilang pengeluaran MVF Shah Alam. Kami juga turut menerima beberapa foto risikan yang sempat dirakam oleh Amuckteam Hafiz sekitar Shah Alam, namun lokasi penemuan unit prototaip yang masih penuh dengan tampalan penyamaran ini tidak dinyatakan.

Selain itu kami turut dimaklumkan tempahan model Persona generasi baharu yang kini mencecah 6,000 unit. Kilang pengeluaran di Tanjung Malim kini dikatakan sibuk untuk menyiapkan tempahan tersebut. Adakah Saga generasi baharu mampu menggugat penguasaan Perodua Bezza? Kita nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

saga-2016-1 saga-2016-2 saga-2016-3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

11 Comments


  • Kena faham ‘orang kita’ beli Bezza sebab:-
    1. Percaya Bezza tu Toyota in disguise,
    2. Tak mahu dirundung malang aspek reliability,
    3. Kecekapan penggunaan minyak,
    4. Spare part senang,
    5. Servis centre mesra pengguna.
    6. Tak faham kenapa guna timing chain kenapa guna timing belt,
    7. Percaya Bezza tu ada jual kat Jepun..haha JDM konon2.


    • service centre mesra pengguna.. memang diakui SC Perodua mesra kepada pelanggan.. malah sy pernah diaudit oleh auditor Perodua dr HQ bertanyakan akan perkhidmatan SC.. Jelas, HQ tidak lepas tangan terhadap SC

      Cuma sy ada sedikit komen tentang SC Perodua:

      1. Adik sy pemilik Myvi, dia pernah kehilangan alat penjimatan minyak yg dipasang di keretanya di wakil servis Perodua

      2. Sy pernah mengajukan kepada staff SC Perodua tentang buzzer sensor hadapan Axia sy yg kerap berbunyi.. jawapannya sangat menyedihkan, “biasa tu bang, memang macam tu”


      • Axia tiada button off sensor depan seperti Myvi 2015. Memang berbunyi terutama bila ada motosikal di depan semasa tggu lampu isyarat berwarna hijau..


        • Memang berbunyi… itu yg menyakitkan.. tak da org nak bawak kereta sambil buzzer berbunyi

          Ini kelemahan 1st batch Axia.. Axia sekarang dah ada butang off front sensor


  • Khabarnya ada masalah dengan production line disebabkan produk dari vendor tidak menepati spefisikasi. Pelancaran ditunda ke bulan Oktober…


  • psl delay sekejap jer…delay la 2 3 bulan…rectify dulu masalah….vendor biasanya buat leklok dulu..pastu lower quality…yg nie lagi haru, awal2 dah sub par…blacklist jer la…niat mmg x elok dr awal la tu


  • Saya juga ternanti-nanti Saga 2016, adakah ianya mendapat 5-star ASEAN NCAP untuk semua variannya ataupun 4-star sahaja.. Bilakah tempahan awal dibuka, pre-lunch.. Apakah Tawaran hebat yang akan diberikan untuk mereka yang menempah awal Saga 2016..

Leave a Reply