Malam semalam agak gempar juga laman sosial dengan penyebaran dua keping foto Saga versi station wagon@estate yang telah dimuatnaik ke laman Facebook Zainul Azraai. Kami sebenarnya masih was was dengan kesahihan dan kewujudan model tersebut. Setakat informasi yang kami perolehi belum ada kedengaran Proton nak membuat model sebegini untuk pasaran tempatan.
Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku. Pertama, ia mungkin foto telah yang diolah dengan perisian grafik Adobe Photoshop. Memang nampak realistik hasilnya sehinggakan hampir tidak “kantoi” langsung, memang cekap sungguh yang membikinnya. Jika betul, memang nakal juga pembikin imej ini kerena telah berjaya memperdayakan ramai orang termasuk media media automotif.
Kedua, Saga versi station wagon@estate memang betul betul wujud, tetapi unit yang sedang ditunda dalam gambar ini hanyalah “mule” untuk model lain yang sedang dibangunkan. Pada yang masih belum jelas istilah “mule” itu, ia mewakili prototaip peringkat awal pembangunan sesebuah model yang bentuk asalnya masih lagi belum dimuktamadkan atau prototaip dengan badan yang sebenar sedang dalam pembinaan.
Namun, timbul persoalan model apakah yang bakal dibangukan dari “mule” ini? Adakah Proton sedang membangunkan MPV atau station wagon@estate segmen A dengan menggunakan platform saga generasi baharu? Kami pernah mendengar kira kira dua tahun lalau yang mantan Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meminta R&D Proton membangunkan model sebegini, tetapi projek tersebut tiada langsung khabar berita. Mungkin projek ini dihidupkan semula oleh pihak pengurusan baharu Proton siapa tahu kan?
Apa pun misteri mengenai kewujudan model Saga versi station wagon@estate masih lagi menjadi tanda tanya dan kami akan cuba mendapatkan sedikit informasi untuk memastikan kesahihannya. Kena bagi kami masa sikit lah ye, tunggu!
KLIK UNTUK BESARKAN
Ingat tak Honda Airwave? Jazz panjang tu? Lebih praktikal kalau Proton panjangkan Iriz tu la. Jimat kos.
Cadangan yang menarik…
Minat dgn kereta wagon tp xbyk pilihan dan yg ada pn harga begitu tinggi
Jika Saga wagon mungkin harga bawah 50k…
kalau Iriz jadi panjang, dia jadi Alza…haha…
buat je lah apa2 Proton, yang penting ada orang nak beli.
Mapping tampalan koyok dia konsisten. Kalau render pakai 3d ni, mmg hebat ilmu rendering dia..
Kalau Proton ada cadangan nak bangunkan Preve/Suprima Estate, baiklah bagitau awal2..
Jika Preve/Suprima estate besar Dan lebar… Memang mantap
Hum…. it is real but i thinks this mule is for proton future models ….do you guys remember the wierd misterious caldina like car that was a mule for the Proton Preve…..i think its something like that
Yeah, Exora with Caldina-ish body profile.
mungkin ini test mule untuk future A-segmen sedan, siapa tahu.
Tapi bahagian ‘on-tow’ plate tu yang musykil tu..macam tulisan main2…
I think so too…
nice..mohon besarkn wheel arch n besokn tayar..itu je..
Ya bikin besar lagi…
saya lebih berminat kalau preve yang diwagonkan.
Wagon segment-C besar Dan mantap…
Chile akan dijadikan hab bagi kemasukan kereta Proton ke pasaran Amerika Latin, kata Duta Besar Malaysia ke negara itu, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahya.
Beliau berkata, satu mesyuarat yang diadakan minggu lepas antara kedutaan di Santiago dengan Persekutuan Teksi Chile, akan terus meningkatkan permintaan bagi kereta Proton.
Ini terutamanya bagi model Saga yang mungkin digunakan sebagai teksi di Chile.
“Persekutuan teksi sedang mengkaji usaha itu,” katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan.
-BERNAMA-
mmg mengejutkan!
utk test market, pada aku, biarlah saga (bukan preve/iriz) ni jadi wagon.
1. saga harganya dalam jangkauan, mudah utk famili yg buat bisnes kecik2.
2. kini menjadi trend di indonesia, ayla extends jadi sigra. sigra ni macam avanza, tp klas lg rendah. saga kete paling murah & aku rasa dh RoI pun.
tp kalu ikut design, aku prefer iriz yg jadi wagon, lines/stroke kt iriz cun!
oh..kalu betul saga wagon ni, kasi ejas sket la design atas window tu (skrg melengkung supaya lurus(?)) agar “masuk” ngn overhang wagon yg baru.
enjin kasi 1.3turbo haa!
handling character will change a bit,
and fold-able 3rd row for kids might be a good 7 seater proposition.
http://image.motortrend.com/f/31317698+w786+ar1/2011-mercedes-benz-e350-4MATIC-wagon-rear-seats-view.jpg
stretches its function as a 7 seater ( kids rear facing 3 row seat )
but i think proton hasn’t yet in favor of having estate for its lineups.
those are made for experimentation.
for me station wagon is the most practical car so why not.
active family would want one, loading bicycle, or wheel chair seemed logical. for a budget concern this would be their chose of automobile.
Ni mesti exora r
Mungkin juga..
Tetapi platform exora sedia ada terbukti lebih baik dari Saga..
exora sedia ada adalah model pertama Proton yang mendapat 4-bintang euroNCAP / ANCAP…
Saya fikir,proton tak perlu bermain kelas wagon.tak berbaloi walaupun ada sikit peminat wagon.
Pasal tu keluarkan dulu limited edition untuk test market. Macam proton keluarkan versi executive/limousine saga, wira dan perdana dulu.
Pasal tu keluarkan limited edition untuk test market, macam proton keluarkan executive/limousine untuk model saga, wira dan perdana dulu
Merugikan.! Kos RnD tiada pulangan jika jual terhad hanya beberapa unit. Tidak berbaloi.