ARKIB

KATEGORI

Buletin

Krisis Takata – Panik Menusuk

Views

 Artikel oleh Shamsul Yunos

  • Lebih banyak persoalan timbul
  • Selamatkah kalau kita matikan beg udara sendiri?
  • Apa kata insurans jika berlaku kemalangan dan beg udara dimatikan pemilik?
  • Bolehkah kita terus percayakan Takata?

Krisis beg udara Takata telah hampir mencapai tahap panik di Malaysia setelah seorang pemandu wanita berumur pertengahan mati apabila peledak beg udara kereta Honda City beliau pecah ketika beg udara diaktifkan. Dalam apa yang dikategorikan sebagai kemalangan kecil, kereta Honda tersebut telah dilanggar dari belakang dan mengakibatkan beg udara tercetus dan serpihan logam menusuk tengkuk dan muka wanita malang tersebut.

Kini pusat servis Honda diserbu oleh pemilik yang mahukan beg udara mereka diganti. Sebelum ini hanya 10 peratus pemilik tampil untuk menukar beg udara sehingga Honda terpaksa mengeluarkan notis panggil balik untuk kali keduanya. Keadaan ini telah menyebabkan Honda kehabisan stok beg udara untuk beberapa model popular dan ada pemilik yang terpaksa diberikan temujanji di hari lain untuk menukar komponen yang mungkin rosak tersebut.

Memandangkan kita di ambang minggu perayaan utama Hari Raya Aidilfitri dan berjuta juta rakyat Malaysia dijangka berpusus-pusu balik kampung, risiko kemalangan meningkat dan ini telah menyebabkan sesetengah pemilik Honda membuat keputusan untuk mencabut sambungan elektrik beg udara, langsung mematikan alat keselamatan tersebut. Tindakan ini dianggap dapat menolak risiko cedera akibat cetusan beg udara yang rosak namun kami berpendapat ianya membawa beberapa risiko lain.

Selamatkah kalau kita matikan beg udara sendiri? Pertama sekali, kita sebenarnya tidak dapat menentukan dengan pasti samada peledak beg udara yang terdapat dalam kenderaan kita sebenarnya rosak. Dalam tempoh lebih tiga tahun yang lepas hanya terdapat tiga kes serpihan peledak beg udara menusuk pemandu, bandingkan ini dengan bilangan kereta Honda yang mengalami kemalangan di mana beg udara terpacu. Dari pihak Takata pula, mereka telah melakukan ujian pada 30,000 unit beg udara yang telah dipulangkan dan hanya 0.8% daripadanya mengeluarkan serpihan tajam, jadi faktor beg udara itu tersebut selamat adalah 99.2%.

Honda Motor Co. Headquarters And Cars As Air-Bag Deaths Draw Congress Scrutiny As Recalls Widen

Walaupun kami tidak ada statistik bilangan kenderaan Honda yang terlibat, namun kami agak yakin nisbah angka beg udara membunuh kepada beg udara menyelamatkan adalah kecil. Apa pun faham ini kes yang amat serius dan melibatkan hidup dan mati dan pemilik mungkin terdesak untuk melakukan sesuatu, apa saja asalkan sesuatu dilakukan untuk mengubah risiko. Anda sendiri perlu membuat penilaian dan menentukan samada risiko kecederaan dan kematian dari beg udara adalah sama atau lebih besar dari kecederaan dan maut akibat kemalangan.

Kami percaya Honda sendiri tidak mungkin akan mencadangkan anda mencabut sambungan beg udara kerana ianya melibatkan isu liabiliti produk dan tuntutan oleh pemilik. Jika kita percaya bahawa bilangan kereta Honda yang terlibat dalam kemalangan hingga tercetus beg udara tanpa mencederakan pemandu atau penumpang adalah jauh lebih tinggi dari bilangan insiden yang mencederakan penumpang, ini bermakna secara statistiknya, risiko kematian dan/atau kecederaan dari beg udara adalah lebih kecil dari risiko yang sama jika beg udara dimatikan.

Sekiranya Honda Malaysia mencadangkan pemilik mencabut sambungan beg udara, perkara ini akan menjadi pendahulu dari segi undang undang bukan saja di negara ini tetapi di seluruh dunia. Sudah tentu keadaan menjadi lebih caca-marba jika pemilik boleh membuat keputusan untuk mencabut beg udara secara sendiri. Implikasi undang undang dari segi liabiliti produk akan menjadi terlalu kompleks dan kami beranggapan syarikat insurans yang memberi perlindungan liability kepada Honda sudah tentu tidak akan bersetuju.

Apa kata insurans jika berlaku kemalangan dan beg udara dimatikan pemilik? Pemilik yang mencabut beg udara secara sendiri juga dijangka mungkin menghadapi implikasi insurans sekiranya apa apa berlaku. Dari segi undang undang, syarikat insurans yang memberi perlindungan kepada kereta dan pemumpang kereta kita boleh menggunakan tindakan tersebut sebagai satu sebab untuk menolak sebarang tuntutan kerana keadaan kenderaan tersebut telah berubah secara material, terutamanya dari segi peralatan keselamatan.

Dari pandangan syarikat insurans, sekiranya peledak tersebut tidak dicabut dan pecah bila dicetus akibat kemalangan dan mencederakan pemandu, mereka boleh menyaman syarikat insurans Honda untuk membayar gantirugi kepada mereka yang cedera. Tetapi sekiranya beg udara dicabut oleh pemandu, syarikat insurans Honda pula akan menolak tuntutan tersebut kerana dalam perlindungan liabiliti produk sedah tentu ada terma yang menyatakan pemilik tidak boleh membuat perubahan material kepada ciri produk.

Walaupun kami faham bahawa usaha mematikan beg udara secara sendiri merupakan alternatif dalam keadaan yang agak kusut sekarang ini, kami ingin menasihatkan anda supaya meneliti semua aspek sebelum membuat keputusan tersebut. Kami tidak mahu mendapat berita pemilik malang tidak diberi perlindungan insurans kerana membuat keputusan sendiri. Lebih elok anda menghubungi Honda dan syarikat insurans anda dan dapatkan surat rasmi sebelum membuat sebarang keputusan.

does-takata-tktdy-have-enough-funds-for-the-faulty-airbag-recalls

Bolehkah kita terus percayakan Takata?

Sejak krisis beg udara Takata bermula, jumlah kenderaan yang dikatakan terlibat telah meningkat dari 10 juta hingga ke 65 juta sekarang. Ianya seolah olah menunjukkan bahawa Takata dan klien syarikat kereta mereka sebenarnya tidak memiliki maklumat tepat tentang permasalahan ini. Takata sendiri tidak dapat memberikan sebab yang definitif mengapa perkara ini berlaku. Yang terkini mereka percaya suhu dan kelembapan tinggi di kawasan yang berhampiran garisan khatulistiwa mengakibatkan bahan kimia dalam peledak beg udara tersebut berubah sifat dari butiran kepada hablur.

Sepertimana yang kita faham dari kelas sains tingkatan tiga, hablur lebih mudah terbakar dan mampu menghasilkan tindakbalas yang lebih ekstrem dari butiran kerana hablur mempunyai nisbah jumlah luas permukaan kepad isipadu yang lebih tinggi. (Maaf kita masuk ulangkaji sains sikit). Hasil tindakan yang lebih kuat inilah yang menyebabkan peledak beg udara tersebut pecah dan bukan akibat sebarang kerosakan atau kecacatan pada kanister atau bahan logam kanister peledak tersebut.

Oleh kerana tidak terdapat kerosakan pada kanister atau kekurangan pada rekabentuk kanister dan risiko kecederaan dan kematian terhasil dari perubahan sifat tidak terkawal kepada bahan peledak itu sendiri, Takata tidak mungkin dapat menyatakan dengan yakin berapa banyak beg udara yang mungkin terlibat. Kami percaya inilah sebabnya bilangan kereta yang terlibat terus meningkat. Keadaan menjadi lebih kusust lagi bila terdapat beberapa laporan mengatakan bahawa beg udara yang tak sempurna mungkin terus dipasang pada kereta baru yang sedang dihasilkan sekarang.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Adakah kita terpaksa mengambil risiko kecederaan dari ledakan beg udara walaupun membeli kereta baharu? Persoalan ini akan terus berkisar dan mungkin menjadi buah mulut kita di musim perayaan ini. Kami berharap semua pihak yang berwajib, termasuk pemilik sendiri dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini di hari lebaran ini.

Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • aku drive jazz ge ckd 2013.

    aku dh isi VIN check kt web Honda Malaysia, tp blum dapat reply lg.
    (well, aku pn xtau jazz ge ckd tu kena tukar atau tak airbag tu sbb Honda My xreply.)

    aku kol dealer & dealer replied yg diorg xde stock airbags.

    isu skrg ialah tindakan yg diambil Honda My.
    (Dealer aku xnk komen sbb everythg datang dr Honda My.)

    cuba bayangkan situasi no. 1 ini:
    airbags didapati defective.
    appoinment replacement lepas raya.
    balik raya pakai kete honda juga.
    pastu xciden, dpt cedera sbb airbag defective.

    bayangkn pula situasi no. 2 ini:
    airbags didapati defective.
    appoinment replacement lepas raya.
    boleh cabut fuse airbag.
    balik raya pakai kete honda juga.
    pastu xciden, airbag xdeploy sbb fuse xde.

    antara situasi no 1 & 2, mana lagi kritikal?
    berdasarkan cases dlm media, cedera sbb takata defective airbag mmg lethal.

    kalu cabut fuse boleh jadi kete xselamat,
    tp ada defective airbag kompem xselamat.

    tanpa airbags org boleh survive xcden,
    dgn defective airbags, orang boleh mati.

    sepatutnya kah Honda My mengambil langkah replacement sebagai the only way to overcome this critical problem?!

    cuba bayangkan kalu accordana tu yg ada defective airbags……………………..


  • airbag adalah suplemantary restraint system iaitu alat tambahan bagi menambah keselamatan ketika berlakunya perlanggaran dan ia tidak mengantikan tali pinggang keledar.

    jadi sekiranya airbag dimatikan tetapi tali pinggang keledar dipakai dgn betul maka pemandu dan penumpang masih selamat (janji jgn kena langgar trelar lebih muatan yang masuk ke lorong kita sudah la, itu kereta kebal pun boleh hancur).

    so timbangkan lah risiko kena tembak dgn igniter airbag yang rosak( benda tu besar macam peluru senapang patah) ataupun matikan airbag dan pakai tali pinggang keledar dgn betul.

Leave a Reply