ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sah! Geely jadi Rakan Strategik Asing Proton dan pemilik baharu Lotus

Views

Proton akhirnya bernikah dengan Geely dengan mas kahwin 49.9 peratus saham! Dengan itu Geely Automobile menerusi syarikat induknya Zhejiang Geely Holding Group kini sah menjadi Rakan Strategik Asing Proton yang baharu. Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani baharu sahaja mengumumkan perkara tersebut menerusi satu sidang media bertempat di Pullman Putrajaya sebentar tadi.

Perjanjian ini akan membolehkan Proton mendapat akses kepada pelbagai platform serta enjin di bawah Geely Holding, selain menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China tersebut, termasuklah pasaran kereta-pemanduan sebelah kanan di Asia Tenggara. Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar berkata, jenama Proton akan terus kekal dan bakal berkembang dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.

Dalam masa yang sama juga, Proton akan menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam syarikat Lotus. Geely Holding mempunyai operasi di seluruh dunia merangkumi 16 kilang pembuatan, tujuh studio rekabentuk serta lima pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D). Selain itu, mereka juga menjadi pemilik jenama Volvo dan merupakan antara pengeluar kenderaan penumpang terbesar di China. Usahasama ini juga membolehkan Geely bertapak di pasaran ASEAN dan meningkatkan penglibatannya dalam industri pembuatan serta R&D serantau. Perjanjian Muktamad bakal ditandatangani pada bulan Julai 2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply