ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sekilas pandang – Yamaha NVX 155

Views

Dua hari yang lalu, model skuter sport yang paling dinanti-nantikan, Yamaha NVX 155 telah selamat diluncurkan secara rasmi oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Yamaha NVX 155 mula membuatkan peminat jentera dua roda di Malaysia menjadi tidak keruan setelah membuat penampilan pertamanya di MotoGP tahun lalu.

Jentera ini juga telah mendapat status sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), namun ia tidak cukup untuk membuatkannya menjadi skuter mampu milik kerana harganya agak ‘keras’, iaitu RM10,500 (termasuk GST, tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Walaubagaimanapun, ia dijangka mempunyai peminatnya yang tersendiri dan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah meletakkan sasaran jualan 600 unit sebulan untuk model ini. Apa yang bakal membuatkan anda tertarik dengan model ini?

ENJIN

Yamaha NVX 155 berkongsi penjana kuasa yang sama dengan NMAX yang bersesaran 155cc dengan teknologi Blue Core. Enjin ini hanya mempunyai satu silinder tunggal empat-lejang dengan sejukan cecair, suntikan bahan api dan Variable Valve Actuation. Ia digandingkan dengan sistem transmisi V-Belt automatik yang membolehkannya menjana 15PS pada 8,000rpm dan tork 13.8Nm pada 6,250rpm. Sistem Mula-Henti pada model ini membantunya menjimatkan bahan api dengan penggunaan minyak pada kadar 2.2L/100km, sekaligus melayakkannya menerima status EEV.

CIRI-CIRI MENARIK NVX 155:

  • Rekabentuk yang sporty dan bergaya
  • Lampu hadapan dan belakang LED
  • Rim aloi 14-inci
  • Fork depan bersaiz 26mm.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) – hadapan
  • Sistem kunci pintar dengan imobiliser
  • Sistem Mula/Henti
  • Tayar tanpa tiub – 110/80-14 (depan) dan 140/70-14 (belakang).
  • Ruang penyimpanan barang berkapasiti 25 liter di bawah pelana
  • Ruang simpanan kecil yang dilengkapi soket elektrik
  • Paparan skrin LCD bersaiz 5.8 inci
  • Paparan meter digital sepenuhnya
  • Pemegang belakang bersepadu
  • Suspensi teleskopik – depan dan lengan ayun (swing arm) – belakang
  • Brek : Cakera 230mm (depan) dan dram 130mm (belakang)
  • Kapasiti tangki minyak – 4.6  liter

PILIHAN WARNA

Tiga pilihan warna ditawarkan : Merah, Biru dan Hitam.

Foto kredit Facebook Yamaha Events Malaysia

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply