ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sergio Pininfarina meninggal dunia

Views

* Sergio Pininfarina sebelah kiri bersama Pengerusi Ferrari, Luca di Montezemolo

Dunia kehilangan seorang tokoh pereka tersohor, Sergio Pininfarina yang meninggal dunia semalam pada usia 85 tahun. Beliau juga merupakan Pengerusi Pininfarina Group yang merupakan salah satu firma rekabentuk terkemuka di dunia. Selain itu beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab merekabentuk kereta Ferrari yang kini telah menjadi lagenda seperti 250 GT Coupé (1958), 365GTB4 “Daytona” (1968), Testarossa (1984), 375MM dan juga Enzo Ferrari (2002). Hasil kolaborasi antara Ferrari dan Pininfarina juga telah sepanjang 60 tahun telah menghasilkan pelbagai model yang hebat dan menarik. Takziah kepada keluarga beliau.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments

Leave a Reply