ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Advance bawa tujuh penunggang bertuah menjelajah ke Langkawi

Views

Daripada lebih 700 penyertaan, tujuh penunggang bertuah terpilih sebagai pemenang peraduan #Advance2Langkawi dengan hadiah utamanya ialah percutian jelajah selama lima hari empat malam ke Langkawi.

Mereka terdiri daripada Keith Ow, 29 tahun, dari Pulau Pinang; Ng Yao Ding, 29 tahun, dari Ipoh; Zahed Abdul Rahman, 43 tahun dan isteri, Hamidah Hassan, 43 tahun, dari Rawang; Koong Wai Hoong, 32 tahun, dan Shamsul Ridzuan Idris, 42 tahun, dari Kuala Lumpur; dan Miazil Harina Jores, 28 tahun, dari Johor Bahru.

Untuk memastikan perjalanan pergi balik sejauh 1,200km dari Kuala Lumpur ke Langkawi lancar, semua motosikal dipacu oleh bahan api Shell V-Power. Selain itu Shell Advance turut membuat penukaran minyak percuma supaya pemenang dapat merasai kuasa luar biasa dan tunggangan lebih lancar Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus.

#Advance2Langkawi riders boarding ferry to Langkawi

Pengurus Besar Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Leslie Ng, berkata peraduan tersebut merupakan satu lagi inisiatif oleh Shell Advance untuk lebih mendekati penunggang motosikal Malaysia. “Jelajah ini memberi peluang kepada penunggang tegar motosikal untuk mencuba minyak enjin Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus hak milik Shell yang lebih unggul dari segi teknologi”.

Teknologi Shell PurePlus merupakan proses pertukaran gas-kepada-cecair (GTL) baharu yang menukar gas asli kepada minyak asas sejernih kristal tanpa sebarang bendasing yang lazimnya didapati dalam minyak mentah. Minyak berasaskan GTL memberikan tahap pembersihan dan perlindungan yang lebih tinggi daripada kehausan dan kakisan. Dengan demikian, Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus dapat menghidupkan enjin dengan lebih lancar dan memberikan lebih kuasa berkekalan setiap masa.

Bagi salah seorang pemenang yang merupakan pemilik Kawasaki Versys 650, Zahed dari Rawang, percutian jelajah tajaan Shell Advance pasti istimewa kerana beliau akan menunggang bersama isterinya Hamidah. “Terima kasih kepada Shell Malaysia kerana menganjurkan peraduan ini yang membolehkan saya menikmati pengalaman menunggang bersama isteri. Kami begitu seronok menantikan acara ini kerana sudah lama tidak bercuti panjang bersama.”

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

#Advance2Langkawi winners and the team from Shell Lubricants Malaysia posing with the famous eagle landmark in the background #Advance2Langkawi riders boarding ferry to Langkawi #Advance2Langkawi winners and the team from Shell Lubricants Malaysia posing before the flagoff

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply