ARKIB

KATEGORI

Buletin

Siapakah yang anda rasa layak untuk menerajui Proton?

Views

proton-logo

Setelah dikejutkan oleh berita perletakan jawatan Timbalan CEO Proton Dato’ Lukman Ibrahim, kini Proton seolah-olah kehilangan peneraju untuk bergandingan bersama Pengerusi Eksekutif Proton, Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil. Yang pasti calon itu mestilah individu yang berkelayakan, berpengetahuan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam industri automotif selain mempunyai daya kepemimpinan yang berwibawa serta disenangi oleh semua pihak.

Siapakah yang anda rasa paling layak untuk menerajui syarikat pengeluar kereta nasional itu? Jom kita senaraikan calon-calonnya! 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

29 Comments


  • ahmad shamsuddin bin kaislan. dia ni dari sebijik work shop, sekarang dah ade 3 bijik workshop. dgr citer nak bukak lagi satu kat semenyih. aku rase dia memang layak jadi ketua proton. pasal kereta semua dia tahu, tak boleh klentong dia.


  • Dato’ Tony Fernandez. Nanti bila beli Proton, harga murah je. Tapi kena order rim lain, sampul kusyen lain, etc. sebab tak masuk dalam harga tu.
    Rasanya orang yang layak adalah yang ada pengalaman di Toyota. Dulu pun DSZ ex-Perodua ada Toyota punya cara kerja dan philosophy, dia dah buat perubahan kepada proton dengan mendengar dan mengeluarkan produk yang rakyat mahu.
    Orang kita ramai yang berkebolehan. jangan bagi orang politik sudah la. 🙂


  • Tak lupa juga, orang yang beragama. Ingat tauke Al-Ihsan, 3 perkara yang mesti ada pada setiap kakitangannya, solat 5 waktu, ikhlas bekerja, tak derhaka pada mak ayah. Bila ada agama, semua jadi.


  • yg pasti tolong jgn bagi org politik sy setuju! org politik buat kerja tak boleh fokus sebab akan byk tekanan kerana terpaksa memenuhi kehendak rakyat. saya setuju DSZ kembali ke proton! vote for DSZ!


  • Ermm, Sir Richard Branson ataupun Carlos Ghosn….ade bran DRB nak ambik dier?

    Tak pun Mr. Morita, President Perodua..ambiklah mamat mate sepet ni, kat Perodua kami tak suka die, habis entiti melayu nak di Jepunkan. Sampai tanah Perodua pun bagi kat Daihatsu buat kilang baru kononnya nak globalkan Perodua…bull shit!! kalau nak global kene kluarkan kereta global. setakat kereta tin milo, terhantuk kepala lutut boleh kemek, baik tak payah!! Nanti dah semua model baru buat kat kilang baru, kami kat kilang lama ni nak buat apa??? Tak kan nak harap Myvi Alza saje???

    Oppss, terEmo sebab bos-bos atasan melayu tak boleh harap, Jepun cakap je, hait2, orait bosss…..last2 sendiri tergadai!!


  • salam.
    ramai penyokong dsz.aku suka kalau tengku mahaleel masuk balik.pandangan masing2.tun tak perlulah.tun sekadar bagi nasihat je.dia pun tak suka mana dah jadi ketua2 ni…cukup orang tanyap pandangan dia…hormat dia sebagaimana sayangnya dia kat proton.

    sbb tu syed mokhtar dapat sbb syed mokhtar pun respek n sayang kat proton..pe pun.bisnes tetap bisnes.bukan lagi pasal hormat atau tak tapi siapa yang layak.semua ada pro n kontra.atau barangkali bagi sesetengah orang semuanya pro tiada kontra..

    azlan tu bagus.cuma bagus kalau proton wujudkan 2 team atau 3 team.bagi persaingan sangat sihat kat azlan.tapi seperti kata en mat,kalau asik gaduh dengan team production susah juga.production n juga team yang aplikasikan sesebuah design ke realiti adalah
    sesuatu yang sangat penting.mungkin mereka perlu input baru juga selain dari team azlan.


  • Kalau DSZ tadik mahu kembali ke proton, saya cadang kan Mr Amrizal Majid, CEO Miyazu Malaysia Sdn. Bhd. Anak syarikat Proton yang buat besi HPF untuk preve….


  • bekas ceo petronas seorg anak melayu yg sgt brilliant yg telah menerajui petronas selama 21 thn sehingga petronas sebaris dgn pengeluar minyak dunia yg lain dan skrg berkhidmat dgn konglomerat singapore. Tan Sri Hassan Marican.


  • DSSZ carta no 1.. wat? pasai pa? sebab ;

    1) Pentingkan ISLAM dalam setiap kerja2nya
    2) Percaya kalu usaha tanpa doa dan meminta2 pada Pencipta tak kemana kita, Allah suka orang yang meminta2 denganNYA
    3) Setiap kali model baru, Solat Hajat dan sedekah diutamakan
    4) Rapat dengan pekerja
    5) Disenangi management
    6) keputusan penting senang dapat feedback dgn cepat
    7) Turun padang <— sangat kerap..

    kalu ada yg kenal dia dan nak tambah.. silakan…


  • Aku rasa jawatan mcm ni kena orang yg background technical or engineering yg lead. kalau stock lawyer @ designer @ hr tu x payahla. buat nazak je nanti.

    sepanjang aku kerja dulu,bos2 yg background technical ni mmg pmikiran dtg dgn fact bukannya main ikut rasa sendiri je. Dsz rasanya dah xnk. azlan tu sape? duk google td bru jmpe. azlan ni aku xtau sgt tp nampak cara macam pandai cakap je. Better bos rnd proton jd ceo. tau selok belok byk bnda.

    kalau bg kt orang yg pandai ckp or xtau technical ni tkt company jd syok sdiri je. tgk mostly company bjaya bila org yg in charge tu talented @ technical background. pape pon jgn amik politikus man or bodek man.

    proton baru tu bila keluar? ok ke?


  • calon2 yg boleh dipertimbangkan. Cadangan jer kalau DRB baca blog nie….
    1. Tan Sri Syed Zainal, 2.Tan Sri Hassan Merican 3.Datuk Aminar Rashid 4.Tengku Mahaleel 5.Datuk Nadzmi Salleh 6.Datuk Abdul Rahman Ahmad 7.Datuk Shahril Redza


  • hahahaha…
    padan muka
    lepas ni sape pulak?
    Rali?KY?

    pengajaran dia, kite hidup mcm tayar
    kejap di atas kejap di bawah
    ade hari ko jatuhkan org, ade hari ko akan dijatuhkan org
    hahaha…nyum3


  • IR Hj. Tajul Zahari Abu Bakar Director of Engineering PROTON. Beliau paling layak. Gandingkan dgn IR Hj. Mohd Dalib(pengarah kejuruteraan automotif JPJ). baru mantap..

Leave a Reply