ARKIB

KATEGORI

Buletin

Air Asia adalah “Syarikat Penerbangan Rasmi” KLIMS13!

Views

KLIMS13_airasia with words4

Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS13), telah melantik AirAsia sebagai “Syarikat Penerbangan Rasmi” acara yang bakal akan berlangsung dari 15 hingga 24 November 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Kerjasama dengan AirAsia akan membawa dua entiti tersebut ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia permotoran Malaysia.

AirAsia juga akan mempromosikan KLIMS13 kepada pelancong di sekitar rantau dengan menjalankan promosi tambang murah sempena KLIMS13 bagi tempoh perjalanan tertentu serentak dengan tarikh pameran. Tawaran itu akan diberikan kepada mereka yang menempah penerbangan mereka dengan AirAsia untuk perjalanan bagi laluan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura, Thailand dan Indonesia.

Perjanjian perkongsian dengan AirAsia sebagai “Syarikat Penerbangan Rasmi” untuk KLIMS13 juga memberi peluang peminat permotoran untuk hadir beramai-ramai ke acara permotoran terbesar Malaysia yang dibuat 3 tahun sekali itu. AirAsia turut menaja tiket penerbangan percuma untuk pengunjung bertuah KLIMS13. Mereka yang membeli tiket untuk melawat KLIMS13 akan berpeluang untuk memenangi penerbangan kembali secara percuma antara Kuala Lumpur dan negara-negara jiran.

AirAsia juga menaja penerbangan untuk media di seluruh Asia Tenggara dengan menampung perjalanan wartawan yang akan membuat liputan untuk KLIMS13. Dengan bertemakan “Efficiency in Motion”,  KLIMS13 bakal mempamerkan kenderaan canggih yang menyokong kecekapan bahan api dan mesra alam, pelancaran model baharu, kereta konsep dan kereta berprestasi tinggi. KLIMS13 akan membuat lebih pengumuman yang menarik dalam bulan-bulan mendatang dan berharap penganjuran kali ini adalah yang terbaik.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply