Adakah ini wajah sebenar model generasi baharu Hyundai Genesis Sedan 2015 yang telah dimuatnaik di laman web automotif thekoreancarblog.com. Dua keping foto ini sudah cukup untuk memberi gambaran awal mengenai gaya rekaan baharu Hyundai kini diterajui oleh Peter Schreyer. Pada pendapat saya, Genesis Sedan 2015 nampak seakan-akan rekaan Mercedes-Benz dibahagian hadapan, manakala profil sisinya seperti gaya rekaan BMW.
Apa pendapat anda mengenai gaya rekaan terbaru dari Hyundai ini? 🙂
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Depan nampak mcm Merc campur Peugeot…line tepi mcm BMW..
serabut tgk design…..elantra dan sonata lagi kemas kerana design language yang sama utk semua sudut.
depan dah mcm peugeot 508, tepi ada iras merc/bmw, belakang cam audi skit.
senang cerita nk jadi mazda 6 la nih.
Karekter Hyundai dah hilang dengan design ni. Schreyer patut duduk senyap dan design Kia sahaja.
mmg ini karekter hyundai utk model2 akan dtg. sbg permulaan, boleh tgk santa fe generasi baru skrg. lepas ni, sonata, accent/elantra akan ikut design santa fe.
design fluid sculpture dh takkan diguna pakai.
dh hilang design ‘fluidic sculpture’
Kalau Peter Schreyer design kereta Proton mesti ternganga org Malaysia 😛