ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

SPYSHOTS : Proton CH@P3-22A telah mula dihantar!

Views

225240_3287759609108_579034275_n

Adakah foto-foto ini menguatkan lagi spekulasi model yang dinanti-nantikan Proton CH@P3-22A akan dilancarkan dalam masa terdekat? Foto ini telah berjaya dirakamkan oleh Mohd Hafizan Bin Ilias yang merupakan ahli Prevé Club (PrevéC) di Taman Bernam sekitar UPSI. Saya juga mendapat info terkini tarikh pelancaran dari sumber terdekat, dijangka model ini bakal dilancar pada 17hb Ogos (*ada kemungkinan tarikh akan berubah) dan paling menarik dikatakan nama model ini adalah SUPRIMA/SUPREMA S (*S itu membawa maksud Sport). Apapun kita nantikan info seterusnya dari semasa ke semasa.

Dah ada yang mula pulang ke kampung ke? Berhati-hati di jalan raya, kalau nampak gambar menartik kongsikan la ye, hehehe 🙂

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

24 Comments


  • itu saya tak pasti, tapi ada info kata ECU untuk model ni Proton dah remapped semula & cvt3 pun dah tune balik jadi lebih semooth & senyap.. mungkin sport tu diorang refer kepada bodystyle hatchback yang sporty kot


  • @tdb – sejujurnya vios tak layak dibandingkan dgn preve ch ni..spec ch ni lagi tersangat bagus banding ngan vios. rasanya kelebihan vios hanya dari segi FC aje..lain ch win hands down. kalaulah next facelift ch ni boleh direndahkan sedikit bumbungnya..mmg akan nampak sporty habiss la.


  • klu nk rendahkan bumbung, mana nk letak kepala passanger dn driver, headroom kecik sesak napaih weii.. hehehe.. xpyh le sporty smpai lost ergonomics.. mata je sedap kepala xselamat wt hape.. :p


  • Sup rimau pun sup rimau lah…janji launch..terbaekk dari proton..
    caiyokkk.. tapi suprima ni rasanya untuk accord..entah..tunggu lepaih ghaya noo…


  • Jangan nanti harga mahal sangat sudah. Mengenali perangai rakyat Malaysia ni memang tak laku la jawabnya kalau Proton harga lebih kurang harga kereta jenama terkenal (walaupun spec kureng).


  • Mungkin harga tak lebih dari inspira 1.8 untuk Inspira H/B. harap semua ‘improvement’ dapat dibuat pada model preve sedan, sebab tak semua prefer H/B. Lagi bagus kalau proton dapat produce preve sedan sapphire concept. Mungkin lebih ramai ‘car enthusiast’ akan tertarik untuk beli. Saya pun mungkin beli.


  • macam dah nak dekat pelancaran kan…pelancaran tak payah tunggu najib lah..najib pun dah khianat kat proton.ok..ful stop politik.penasihat proton kan ada.lancar je kereta..dulu pun lotus kat pameran antarabangsa paris yang skarnag d buang sampah oleh drb pun d lancar oleh tun…ok je..

    cuma kan bagus kalau proton abik salah satu design tu buat kereta sport rakyat mereka…kereta tu pun senyap dah…ape cite ek..takkan senyap terus…menarik2…proton kena macam ni ar..agresif.jangan lembap sangat lancar kereta baru…facelift ke…stiap 3 bulan ada FL atau kereta baru penuh.baru boleh abik balik kedudukan no 1 dengan target 500K dalam masa 3 tahun ni..

    agresif dan juga model baru bertepatan fdengan masa dan juga kehendak pengguna…


  • turun rega,tp 5 tahun servis percume ditarik blk,diganti ngan fix rate servis. ertikata lain,lebih kurang jek . marketing strategik. bile la nap nk dbentangkan dlm parlimen. nk tau gak ape depa nk buat. bkn ape,ksian kat prtn, kena tempias bila kete non local jual mahal walupun tu msalah cukai n ktamakan traders dia.

    samo gak bila org bnding rega kete prtn kat luar. kat saudi ke,kat us ke,kat uk ke,kat au ke,sume kata rega sini dianak tirikan.

    pdhal depa lupa nk bnding rega kete lain kat us,uk,au,saudi dgn rega kete rantau asia tenggara ni. klu depa kaji, mmg rega kete aper2 kat us,uk,au,saudi n etc lg murah dr negara rantau asean,bkn prtn jek.

    itulah ssh ngan org kita,kuman seberang laut nampak,gajah dpn mata xnampak. maksud aku grass always greener on the other side. org putih ckpla,sebab samagak ngan org kat us,uk n etc,depa nampak negara lain lg bgs dr negara depa. klu x,xkluarlah pepatah td dr mulut depa.

    eden bkn ape, nk lepas geram kat blog satu lg,tp kbyakan depa sume zombie. ado yg ckp prtn n p2 cukai 8%,n itu fakta katanya.

    ini musti dr facebook mana2 bg fakta ajaran sosat. mcm jugak kisah hadis palsu menuntut ilmu sampai negeri cina. kena hati2,jgn cpt mengatakan hadis palsu atau x. hadis itu byk sanad,n ikut sunnah jamaah,mbuatkn ianya dnaik taraf jd hadis sohih.

    menda dikgsi mmg baik,tp kena pastikan kesasihannye dl, eden thn bnasib baik dpt pergi majlis muzakarah bsama dgn ahli majlis fatwa sdunia sunnah jamaah.byk gak ilmu dpt. rezeki eden walupun eden bkn org tlibt secara lgsung.

    kdg2 eden jd tkt,tslh akidah walu ckit,maka smbhyg,puasa n sbgainya xdterima. kena mengucap smula. cnth mudah,menyamakan Allah dgn sifat makhluk walupun utk kiasan,cntoh bgtau Allah duduk di Arash. maka dikatakan tkeluar dia dr islam n kena ngucap smula.

    skadr kgsi apa yg eden dpt masa muzakarah akidah asyairah walmaturudiah tmpoh hari.

    slm ramadhan n aidilfitri dr eden,drive kete elok,ingatlah kat Allah smasa drive. ingat kat insan tsyg tkt mamun plak masa drive asyik tringt kat org tsyg.


  • pasal cukai benda ni pernah d bangkitkan penasihat proton sendiri..tapi miti tetap berkeras..nak buat camne…proton sebenarnya mendapat cukai yang sesetengah pengeluar kereta tak kena pun..kita barang tempatan banyak tapi kenapa proton dapat cukai yang kadnag2 tinggi dari pengeluar yang barangan tempatan sikit atau tiada lansung…ini yang perlu d fikirkan kembali kerajaan mengenai cukai yang d kenakan pada proton..

    NAP ni pun satu..tapi MITI tengah berserabut pasal tppa…dari bulan 6 jangkaan sampai skarang masih samar..lepas tu berangan nak jadi hub pengeluar kereta efisyen..sambil tu tiap2 detik ada je negara jiran dapat berita pengeluar itu dan ini masuk tuk buka kilang…kita apa dapat..selain dari yang sedia ada…

Leave a Reply