KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
Semakin rancak Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) melakukan ujian jalan raya ketika ini. Gambar asal spyshots waktu malam ini telah diperoleh dari laman Facebook GoDrive AAM Magazine yang telah berjaya dirakam berhampiran persimpangan Damansara/Petaling Jaya. Meriah pula blog bulan ini dengan spyshots Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A). Kita tunggu spyshots lain pula selepas ini. Kalau ada yang jumpa dan sempat ambil gambar emailkan kepada saya ye. 🙂
wow, ade sport rims, hi spec ni…
rim besar! <3
lebih kurang je mcm saiz insight depan dia..
this is something…
nampak besar jugak kan dari blakang,, xde la buruk sangat
Nmpak smart habis gambar tepi tu. Rim pun besar. Kalau ade spoiler kecik atas tu lagi ok.
dh ada gaya polo
Gambar pertama ni yg saya paling minat. Itupun sbb saya minat Fiat Grande Punto..hahahaha
Oklah DRB, kalau berani tolong serah model ni kepada MEM utk dijadikan kereta rally. Bosan APRC xde Proton..
i think…SS is better la…hehehehe
Bukan tak boleh bro..trend sekarang orang tak pakai segment C jadi kereta rally. Sekarang saiz main peranan sbb enjin dah kena downsize.
Tgok kereta rally sekarang, semua saiz b segment. Kalau masih keras hati pakai c segment, lihat sajalah Lancer dan Imprezza..nak dapat top 15 pun susah.
Bro apa diorang punya rules terkini pasal enjin ye?
Based on 2014 WRC Sporting Regulations pertaining car classes and Groups.
RC1
World Rally Cars, 1.6T (Mungkin 33mm restrictor) <— Citroen DS3 wrc, Ford Fiesta wrc etc
RC2
S2000-Rally, 1.6T with 30mm restrictor
S2000-Rally, 2.0 Atmospheric <—- Proton Neo S2000
Group R5(VR5)
Group R4(VR4)
Group N over 2000cc (current N4) <— Lancer, Imprezza
Enjin 1.6T kesemuanya pakai direct injection. Campro CFE for the moment masih lagi jenis mpi..
I see. Thanks bro.
nampaknya proton mmg nak kejar pace pengeluar kereta top yang lain. kalau nak bersaing kena la laju untuk design to production period.
contohnya hyundai sekarang ambil masa 28 bulan untuk keluarkan produk dari design hingga ke production.
walaupun period tu singkat, tapi quality tak boleh diketepikan..
Dan kalau boleh developement untuk sedan dan hatchback dijalankan serentak. Walaupun tak release masa yang sama, bagi 3 bulan gap untuk release versi sedan/hatchback.
100% setuju. Cuma aku tertanya-tanya adakah cukup bilangan orang yang nak buat development serentak tu? Maklum la, Proton ni walaupun dah lama dalam industri, tapi masih berada pada tahap kerdil berbanding orang lain.
lama tk tulis komen kt laman ni, jd silent reader huhuhu
jadi berkenaan dgn enjin NFE yg bakal digunakan tu,rasa2 berapa hp/Nm dan FC enjin ni yg boleh dianggarkan ? dibandingkan dgn 1.3 IAFM+ dan 1.6 IAFM+
I don’t think its going to be that much of a deferent unless if you give it a turbo charger.
Kalau side mirror buat macam Jazz Hybrid kan bagus (lebih kurang cam Exora gak).
Suprima S masa gambar leaked kereta putih, angle macam yg kat atas tu pun nampak lawa. Gambar straight dari belakang suprima s nampak kurang. Bila ada angle, baru nampak smart. Macam kes sama untuk GSC.
Yela. Tapi penyudahnya memang Suprima tak lawa, especially dari belakang and no amount of ranting from fanboys can change that.
Ni GSC ni silap2 jualan sejuk sebab dah la tak berapa nak lawa, orang pulak lebih prefer Saga dan kemudian Saga R (bila dia keluar).
Cutting dia kalau diteliti memang ala-ala Picanto baru tu, cuma lebar sedikit. Tak sabra nak tunggu siapa menang bagi nama kereta ni.
Ala-ala Picanto baru? Are you sure?
mcm cantik jerr, mcm comel jerr, comel x sy..
I hope Saga R will be better than this shite.
The replacement for my second car would almost surely be Preve (when all major issues ironed out). And replacement for my third car (currently a Perodua made) might not be this GSC. What a let down.
awal awal dah judge.. produk pun belum keluar lagi. bertampal koyok je lagi.. hehe.. rileks bro..
Side mirror telinga besar yang melekat kat pintu tu dah cukup untuk mengurangkan selera aku (kenapa tak buat macam side mirror Jazz Hybrid atau Exora je?). Tapi takpe bro, keputusan muktamad akan aku buat selepas kereta ni dilancarkan.
telinga besar kat pintu tur , at least tak halang pandangan berbanding telinga besar kat cermin tingkappppppp… i more prefer this one…
Huih… tayar dia. lebarnya.
bila la nk launch ni??? 2nd car aku si kelisa tu dh rmai yg tnya nk beli…
kelisa best kot pakai.. minyak jimat gile….
Kelisa kereta zaman batu. Takde tempat kat jalan raya dah.
Aku sokong 100% cadangan kerajaan nak lupus kerata lebih 12 tahun. Tapi malangnya mendapat tentangan dari geng-geng miskin yang nak berlagak kaya (yang betul-betul miskin aku faham), kadang-kadang kerja cap ayam je, tapi ada hati nak berlagak kaya dengan Honda Civic, Accord, Camry buruk yang dah berbelas tahun dengan headlamp yang dah kuning-kuning.
tp…kelisa aku thn 03 ni masih elok, cntik & x de masalah krn aku jg rapi luar & dlm (sbb tu rmai yg b’minat nk beli, diaorg ckp aku jrg guna ke)…org rmh aku wat g kje (cikgu skolah). weekend aku bwk family jln2. klu jln jauh aku bwk stream kesygn aku tu.mmg sdp drive kelisa & jimat mnyak…nk lupus keta lbih 12 thn? atas alasan ape? keselamatan? kebanyakan kemalangan di msia ni b’punca dr faktor usia keta, usia driver atau usia jlnry? atau faktor sikap driver?
As for lupus kerete. Tak kira la kemalangan tu atas faktor usia kereta, usia driver, jalan raya, sikap driver etc. Tapi bila terjadi kecelakaan, Semestinya kereta yang dapat 5-Star EuroNCAP/ANCAP akan lebih selamat berbanding kereta2 tua buruk yang lebih 12 tahun semua takkan dapat 5-Star pun. Bear in mind, most airbags fitted in cars at that time (zaman kereta 12 tahun tu baru keluar) was designed to last for around 10 years. Dalam hal ni aku puji sangat kat Proton kerana bagi semua Preve setaraf dengan 5-Star ANCAP.
Pendek kata, kalau tak mampu maka kita takyah la nak berlagak dengan kereta buruk. Beli jer kereta baru dari Proton walaupun harganya murah dan prestige nya tak hebat.
kereta baru pon leh accident.. tu semua bergantung kepada sikap pemandu…. kan3
Untuk kemalangan yang sama, kereta buruk akan lebih teruk. As simple as that.
Daripada pakai kereta Honda buruk, Toyota buruk, Merc buruk or BMW buruk, lebih baik pakai Proton Preve. Sekarang semua variant adalah 5-Star ANCAP.
saya pakai saga kebal tahun 1999… dah abis bayar… nak beli kereta baru tak mampu, memandangkan kos life yang teramat tinggi… dengan toll, petrol, barang keperluan harian yang semakin meningkat… tarif lektik nak naik… gst lagi… kira congak hitung semua balance tinggal 200 ja… mampu kah nak beli kereta baru??? awak cakap pakai kepala lutut erkkkkkk???
Empat maut kereta terbakar
Kuala Lumpur: Empat maut apabila kereta jenis Nissan Skyline terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di bulatan Kampung Pandan di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.42 tengah malam itu, kenderaan dinaiki empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 20-an itu terbabas sebelum melanggar bahu jalan dan terbakar.
Harian Metro difahamkan, empat mangsa yang mengalami kecederaan gagal keluar daripada kenderaan itu menyebabkan mereka terbakar bersama kereta berkenaan.
* skyline tu terbabas sbb usia kereta atau sikap pemandu yg memandu laju? skyline tu bro…aku x prnh drive skyline tp memandangkan harga rm ratus2 ribu, x kan handling sma cam kelisa aku tu ye tak?
KUALA LUMPUR: Enam warga asing maut serta merta selepas kereta dinaiki terbakar dalam satu kemalangan berhampiran Bulatan Kampung Pandan awal pagi tadi.
Komandan Operasi Kanan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Hamid Daud berkata, mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita itu meninggal dunia serta merta akibat rentung sepenuhnya.
“Bomba menerima panggilan pada pukul 12.42 pagi sebelum 13 anggota dari Balai Bomba Pudu dan Jalan Hang Tuah dikerah ke tempat kejadian” katanya.
Menurut Hamid lagi, pihak Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa memandangkan kedudukan mereka yang tersepit dan rentung di dalam kereta jenis Nissan Skyline itu.
Menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur, mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki warga Britain, tiga wanita warga Filipina dan dua wanita Myanmar gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbakar.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Simon John Hall, 40, pengurus syarikat Leighton Offshore, di sini; dan warga negara Filipina ialah itu Siso Aileen, 30; Maileen Tentative Montejo, 26; dan Mary Grace Macaraig, 24.
Dua warga Myanmar itu yang memiliki pas United Nation High Commissioner for Refugees (UNHCR) dikenali sebagai Pi Pi, 20; dan Ester Sui, 26.
Kereta sport Nissan Skyline sememangnya diketahui mempunyai kelajuan tinggi dan sering digunakan oleh pelumba jalanan di Jepun.
Kereta tersebut turut digunakan dalam beberapa filem lasak melibatkan lumba kereta seperti Fast & Furious dan di dalam permainan video.
bro….pada aku, xpatut lupus kereta yg dh b’usia 12 tahun ni. kebanyakan yg dh ade kereta lama ni semua dh abis bayar. kalau beli kereta baru,sorg akn tambah hutang lg dan dorg xde kemampuan..
Pada aku,elok kereta yg atas 12 tahun tidak lagi bole dijual beli.yg tu lg elok kot.supaya lama kelamaan kereta yg ats 12 tahun akan lama2 jd lupus..org yg baru nk beli kereta xkan beli kereta 12 thn ke ats n akn beli kereta baru..
klu kereta 2nd hand pulak pn at least nnt lama kelamaan hanya ada pasaran kereta yg berumur sekitar 5thn..pasal ade 7thn utk die gne n bayar bulan2 sblm die kne beli kereta baru..
Setuju bro.. sekat jual beli 12 tahun atas atau option lupus, bukn compulsory lupus. Org yg guna kete 12 tahun ni mknanya keta dia jg elok, cermat, sbb tu boleh jangkau 12 tahun. Xadil ckp keta lama punca kemalangan, punca kemalangan faktor pemadu plg utama. Silibus sekolah memandu yg skrg ni keje buat duit tu yg perlu diperhalusi.. JPJ just swastakan bab tu.. test je.. mcm2 mslh
Boleh tahan jugak idea bro tu. Harap-harap kerajaan boleh ambil pertimbangan.
@TanahGambut
Bukan semua yang pakai kereta buruk tu bermakna mereka jaga kereta dengan baik. Ramai jer yang nak berlagak sanggup beli kereta branded yang dah buruk (bila kita cadang beli Proton mereka mencebik).
Tapi kalau yang memang 12 tahun tapi atas satu owner sahaja, then aku rasa aku setuju dengan pandangan bro. Atau kelonggaran boleh diberikan pada yang betul-betul berpendapatan rendah (bukan jenis yang nak berlagak dengan kereta buruk yang branded).
Macai detected .
Lu ingat semua orang kaya macam bapak lu ke??
leaked brochure xde ker? hihihi dpt info skit pn jdi la…
Tak guna pun. At the end of the day, people might end up buying Saga (or Saga R when it is available) instead of this shite. I jut hope that Saga R will employ a more conventional side mirror design/placement instead of this shitty side mirror of the so-called GSC.
Relax la bro.
xkn pasal side mirror pn sampai meletup2 marah?
boleh tau advantage/disadvantage a-pillar/door side mirror? – technically.
Bukan aper bro. Aku agak sedikit kecewa dengan hasil Proton kali ni. Rasanya masa Saga BLM keluar dulu, walaupun Saga BLM tu bukan kereta paling lawa masa tu, tapi at least nampak agak boleh tahan untuk zamannya. This GSC is slated for 2014, tapi cuba tengok competition lain camne.
To be honest, the main reason for my dissatisfaction got nothing to do with the technical side of things (if any), lebih kepada styling dia jer. Contoh la, masa zaman Peugeot 308 mula-mula keluar dulu pun, antara reason tak beli kereta tu ialah overal design yang kureng dan termasuk side mirrornya yang tak lawa. Tengok sekarang pengganti 308 yang ada ni pun dah guna side mirror yang more conventional macam kat kebanyakkan kereta2 lain. Hell even Exora punya kedudukan side mirror pun lebih elok dari GSC ni.
Awak justify dengan Peugeot 308 sahaja?
Bagaimana dengan:
Citroen C3 2014, Citroen C4 Picasso 2014, DS3, DS4, DS5
Subaru WRX 2015, Subaru XV
Peugeot 5008, 3008
Toyota Verso, GT86, NIssan GTR, Nissan Note, Honda Civic,
Telahan saya, mereka buat side mirror macam tu with specific intention. Cuba lihat penggunaan cermin segi tiga pada pillar A kereta2 tersebut..
Beza Pug 308 yg dahulu ada cermin 3 segi ni..Model terbaru 308 tiada.
Saya kira, ini adalah semata2 citarasa anda kot. Atau anda ada jawapan lain?
Namun ada juga yang guna side mirror ‘yang guna tiang’ walaupun tiada cermin 3 segi, contoh Mazda 3 2014.
Yang ada cermin segi tiga tapi guna side mirror lekap biasa ialah Peugeot 208, Kia Cerato, Hyundai Elantra, Nissan Serena dan Exora.
Cuba bro tengok post aku kat atas tu. Aku sebut Exora dan Jazz Hybrid. Dua-dua kereta tu ada cermin kecik kat A pillar. Tapi ok jer placement side mirror dia, more conventional.
Sebut 308 cukup dah kot, sebab selebihnya faham2 la mesti la yang sewaktu dengannya. I mean, do you want me to go on?
Memang betul benda ni just a metter of preference. Aku tak pernah suka any kereta yang pakai door mounted side mirror.
selera masing2….ade suke ade x…x semestinya ap yg kita x suka org lain pon x suke…vice versa….so..sama2 tunggu kemunculan baby Proton yang baharu ni April 2014…
……………………………………………………………………….
“Endless joyfull and excitement”…hehehe
Betul, selera masing2. Dan aku kebetulan lebih prefer a more conventional placement untuk side mirror. Anyway, harap2 Saga R akan lebih baik. Yang GSC ni aku harap ada dapat enjin CFE jugak or better still dapat enjin Proton generasi baru. Agak2 korang camne?
ehhhh ehhhhh… tak habis dengan side mirror… i more prefer this one… pemandangan lebih luas nak tengok keluar tingkap… takdew la macam blocking… mengurangkan kadar kemalangan…
Pedulik apa si ProtonGSC ni punya x sukak, yg penting aku SUKAK CERMIN sisi jenis camni…
itu masalah bila org nak tekankan dia pnya selera terlalu melampau… ada banyak jnis manusia lam blog ni.. lain org lain citarasa…dan xperlu komen terlalu melampau… bersederhana la… kan itu lebih dituntut dalam agama =)
Proton GSC,
ko tu yg FANATIK BUTA.. klu ko ckp side mirror at A pillar tu lawa.. semua org lain kena ckp lawa..
then bile hujah sebaliknya ko ckp FANATIK BUTA?
ko xde keje ke hari2 n every line ko post..
pot pet2..
ko tu yg kena open minded..masing2 ade selera dn pendapat.. selera ko tu saje ko nk pakai..
hormat same pendapat org lain.. (rujuk ayat FANATIK BUTA).. silent reader pun ramai.. aku rase ramai yg meluat dgn gelagat ko!
org mcm ko xboleh keje dlm organisasi besar.. mau gaduh hari2..
watch out your words la bro..
ini yg aku terpikir. aku rasa.
1. penggunaan side-mirror di pintu mgkn sbb ada 1/4 glass kt A-pillar. A-pillar utk membantu penglihatan tepi.
2. design utk mounting side-mirror pd pintu mgkn lg mudah.
3. barangkali posisi side-mirror pd pintu boleh dilaraskn ke hadapan atau ke belakang mengikut kehendak pasaran?
4. overall design kete ni mgkn lebih kemas dgn side-mirror jenis ini?
pada aku, utk kete proton, function-over-form lg sesuai.
kalau kita tgk vid ni pada min 2.31 mgkin ada kena mengena dgn side mirror proton tu http://www.youtube.com/watch?v=YpPNVSQmR5c
Yelah sedare ProtonGSC
Memang awak sebut Pug 308, Jazz Hybid dan Exora.
Tapi saya cuma sekadar senaraikan beberapa model yang mempunyai cermin 3 segi yang dipasang dengan side mirror yang awk tak minat tu..Tapi saya menarik keluar Hyundai Elantra, ia tiada cermin 3 segi. Saya silap.
OKlah, since it is just a matter of personal preference, thanks for being honest.
Kalau tanya saya pasal GSC ni..honestly, setakat gambar hari ini, saya suka rekaannya..Itupun sebab saya minat Fiat Grande Punto.
Boleh tak camtu bro prolever?..keh3
Thanks atas reply yang jujur dari bro. Tak ramai orang kat sini yang open macam bro. Kebanyakkannya jenis fanatik buta, tak banyak sikit, tetap fanatik buta.
selera besar..
mulut laser..
semua line ko post jwb.. KEPOH..
No komen pasal fanatik buta..
Ramai orang baca funtasticko ni. Jadi saya harap kita semua beri komen/kritikan yang constructive. Benar masing2 ada freedom of expression, tapi kita kena fikir berapa ramai yang akan membaca tulisan kita. Berapa ramai pula yang akan mislead disebabkan tulisan kita.
Pendapat saya, biarkan Proton berkarya..dalam berkarya, tak semua orang tertarik dengan karya kita. Kalau kita ada peminat, elok kita lihat, orang itu suka dengan karya seni kita ataupun dia semata-mata peminat kita? Tapi bagus kalau kita ada dua jenis peminat ni sekaligus..
Betul cakap bro tu. Mungkin cara aku menegur hasil kerja Proton agak direct dan tak berlapik. Tapi deep down aku adalah salah seorang dari dua golongan yang bro sebutkan tu (Semata-mata peminat Proton). Apapun karya Proton kali ini agak mengecewakan aku, the same goes to Suprima.
Walau bagaimanapun, apa yang Proton buat untuk Preve adalah amat wajar untuk dipuji, iaitu dengan melengkapkan semua variant Preve dengan ciri keselamatan yang membolehkan ia mendapat 5-Star ANCAP. Aku harap dengan langkah Proton ini akan mengurangkan bilangan orang ramai yang sanggup membeli kereta-kereta buruk dari jenama Merc, BMW, Honda, Toyota dan lain-lain semata-mata nak bergaya dan kononnya merasakan kereta-kereta buruk itu lebih selamat dari kereta Proton. Hakikatnya Proton Preve telah berjaya mencapai 5-Star ANCAP even untuk model termurah dia malaysia (kalau tak silap RM58,XXX).
Pasal fanatik buta, hanya ditujukan kepada mereka-mereka yang berkenaan sahaja, Bukan pada bro dan beberapa bro lain yang bersikap begitu open minded.
Aku juga rasa Proton perlu ada orang-orang yang bro sifatkan sebagai “semata-mata peminat”. Sebab mereka inilah yang secara tak langsung menjadi jurujual proton. Contoh kalau aku, walaupun ada model Proton yang aku belum pernah pakai, tapi kalau orang mintak advice sewaktu nak beli kereta, aku akan cadangkan juga model-model Proton yang bersesuaian dengan bajet mereka, as long as model to memang diketahui bukan model bermasalah. Kalau satu-satu model tu masih bermasalah, aku akan cadang orang tu tunggu dulu (kalau boleh).
Aku harap kat sini pun ada ramai geng-geng yang promote Proton secara jujur dan telus. Bukan kita promote semata-mata hanya kerana kita sokong Proton. Wallahuallam.
Mmm… apa2 pun kita tunggu sahaja bila model GSC nie dilancarkan nanti. Time tu nk komen sebakul pun x de hal. Masing2 dgn citarasa n pendapatnya. Cuma yg penting komen biar kritis, membina n constructive:)
Cheers!
Nak tunggu lancar baru nak komen macam dah jual baru nak check qc. Sorri komen jujur. Nak tukar bmper pon makan masa bertahun inikan pula side mirror kompom kompom la memerlukan testing lagik 2 tahun proton nih.
@MrDDR
You’ve got a point there.
dah mcm sejibik punto
latest,
exora bold carries TURBO badge now,
satria neo cps basic is in showroom with old seat, no wing, steel 15 inchers, 2 airbags abs (not sure ebd) but leather wrapped steering wheel.
Satria neo ni klo kuat sv version pn bgus gak. 2airbag,abs,ebd as standard. Yg len bole upgrade sndiri….
Kenapa Proton tak lancarkan Satria Neo CPS terbaru nih?? Dah keluar lama dah..
http://www.permotoran.com/2013/11/16/proton-lancar-satria-neo-1-6-mt-standard-baharu-enjin-cps-harga-di-bawah-rm51k/
Jangan berharap sangat pasal design belakang kereta ni, lepas tengok design suprima s, dah tak yakin sgt dengan design proton ni.
Semalam saya pergi Proton service centre setapak untuk servis kereta sya, dua kereta di tarik balik ke SC untuk repair, Proton preve dan Suprima s kerana x bleh start. Lepas tu plak Teksi exora NGV pun sampai dan masalah sama gak. Dalam masa 2 jam saya kat situ dah 3 kereta. Pemilik teksi tu maki hamun sebab kereta keluar x sampai 5 hari.
Proton masih sama mcm dulu, bab kualiti x da improvement langsung. Masih menyusahkan pembeli. Proton fail again.
campro engine tidak boleh hidupkan kejap je untuk ubah parking, ”kena pastikan engine betul panas baru boleh off’ pesanan dari proton mekanik’. kalau setakat start engine dan ubah parking kejap lepas tu off terus, memang tak boleh start la engine gamaknya sebab valve dah tersekat.
kalau betul seperti yang dinyatakan, ia adalah sesuatu yg sangat mendukacitakan. Nak tunggu enjin panas baru boleh off..biasa org tunggu enjin panas baru gerak.
lol,saya punya campro iafm+ ok je start kejap utk ubah, jgn mudah percaya sgt cakap org, pakai sendiri dulu baru tau..
Sebab dah penah kena kat kereta sendiri la bro, saya gune saga FLX cvt. dia kate minyak engine x cukup x cover valve componen sblm engine stop. So dia bukak spark plug masuk minyak engine sikit kat situ pastu start baru ok, masa tu milage baru 1k km.
Bukak spark plug n boh minyak enjin kat dalam tu? U kidding me.
Valve tersekat? The so-called mekanik tu takkan tak cakap kenapa? Sebab aku payah sikit nak telan cerita kosong2 takde explaination ni.
Bro lubang spark plug kan dalam tu ada combustion area( kebuk pembakaran) dlm tu ade valve. Kalo nak cite smua bg bro paham sampai esok pon x abis.
Wa paham bro Wira. SAGA blm kdg2 cranking mase tertentu pyh idop.. sbb tu ke?
Pe pun xelok kite sinis2kan/perli/ cantas cerita/pandangan org lain bro GSC, mari kita harmonikan suasana kt sini dgn elemen saling berpendapat.. ilmu Allah tu kan Maha Luas.. kita hnya sbg hamba-NYA.. laluan shj..
moga disini kita jd tmpat terbaik utk tujuan itu..
ada yg kita tahu kita kongsi, org lain tahu kongsi..yg xbetul betulkan dgn cara BERHEMAH.. enriched/gain the knowledge in a better air..
Cheers..
@wiraSRS
Take your time bro. Tolong explain sikit kat sini tang mana yang taruk minyak enjin dalam combustion chamber boleh bagi valve yang tersekat tu jadi tak tersekat. Apa rational dia meh sini habaq mai.
Aku takut designer proton dh buat lawa2, tp top management still minda pak cik2 80-an..kete nk design conservative je..sbb dulu masa diorang buat video “the making of preve’..tengok sketch interior design dia ala2 mercedes sume tp final design mengecewakan..design dulu designnnn..nak attract customer bukan spec semata-mata
i just hope suprima will have to go for its rear facelift urgently. and a distinct front own character to mark its a hatch identity.
http://youtu.be/myox7cSCBpA
Korang tengok link video ni pulak…
Model ni mmg ada DRL kat bumper.
setakat ni yg saya nampak problem adalah enjin CFE saja. Enjin campro iafm dgn CPS tak pernah dgr pulak ada problem. Saya sendiri pakai CPS. mmg takde masalah sehingga hari ini.
CFE mcm Exora pakai tu ade maslh ke? part mne?
two-way valve tu dh rectified kn?
risau den nk tangkap satu next year..huhu
CFE punya engine kat Suprima dah xde problem dah… masalah kat Preve semua dah di rectify dah pun… even preve skarang pun dah xde problem engine dah..
kalo kereta baru ada warranty sepatutnya xpayah risau…
cuma skarang issue after sales proton je kena improve banyak tempat
mayby proton want to make a suzuki boxy jimny format too, ladies might like this.
can someone come up with preliminary design? could be based on saga/savy chassis. priced at low 50k
BIASANYA MINYAK TAK NAIK DISEBABKAN OIL PUMP TAK BERFUNGSI.MINYAK TAK SAMPAI KESELURUH ENJIN.OIL PUMP TERDAPAT DALAM OIL SUMP.KALAU INI TERJADI ENJIN AKAN JEM.SEPATUT ENJIN KENA OVERHOUL.TAK LOGIK MASUK MINYAK ENJIN KEDALAM LUBANG PLUG.MINYAK PETROL DALAM RUANG PEMBAKARAN AKAN TERBAKAR BERSAMA MINYAK ENJIN ATAS PISTON DAN MENGHASILKAN ASAP PUTIH YANG AKAN KELUAR PADA EKZOS.BIASANYA KALAU PISTON RING PROLEM AKAN TERJADI ASAP PUTIH.
Ye tak ye jugak..
mcm Proton Iswara member dlu asap berkepul kuar.. piston ring makan..
sbb combustion chamber tu hnya ada mixture of petrol+air shj.. klu masuk engine oil jd lain mnde lain le..
Tau takpe bro. So kat mane yang aku dok sinis/cantas pandangan orang tu, bila aku cuma mintak orang tu bagi penjelasan atas dakwaan dia yang sangat dubious tu? Masuk minyak enjin dalam combustion chamber untuk bagi valve yang tersekat jadi tak tersekat? Ko tak rasa pelik dan ragu-ragu ke?
GSC, secara keseluruhan style ko handle hujah dgn org, so aku ckp ko kena ‘hikmah’ le skit. kasi ruang yg menarik dlm blog ni. xbetul betulkan elok2. cer ko tgk cara Taming Sari explain.. ok jer..
Cun bro. Lepas ni aku belajar hikmah cikit. Kalau salah tolong beri tunjuk ajar ye.
Check kat paultan, dah ade gambar rendering gsc dr theophiluschin..
Sekali imbas nampak macam outgoing i20 pun ada. Cuma outgoing i20 lebih smart (incoming i20 masih belum keluar spyshot yang clear).
jangan sama macam mitsubishi colt sudah lah.