ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Spyshots terbaru Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A), yang paling jelas setakat ini !

Views

Proton-P2-30A-Global-Small-Car

Ini merupakan spyshots paling jelas setakat ini yang telah baru sahaja dimuatnaik di laman web paultan.org sebentar tadi. Foto terbaru ini telah berjaya dirakam oleh Hakim Hashim di kawasan rehat Ulu Bernam. Kelihatan beberapa orang berada dalam model tersebut dan salah seorangnya berbangsa asing (mat salleh). Nampak agak besar juga saiz model ini yang dikatakan hampir sama dengan saiz Myvi.

Sekali imbas di bahagian bumper, corong udaranya agak besar dan mempunyai rekaan ala Ford Fiesta. Proton masih lagi mengekalkan tema single graphic face dengan gril utamanya yang bersambung terus dengan lampu hadapan yang bersaiz agak besar. Cermin sisin dengan indikator kini terletak dibahagian sisi pintu hadapan yang juga mendapat ilham daripada gaya rekaan Ford Fiesta yang merupakan model hatchback kompak terbaik dalam pasaran ketika ini. Dikhabarkan DRL akan diletakkan dibahagian bumper dan berkemungkinan hanya untuk varian premium sahaja.

Hud depannya mempunyai garisan lekuk di tengah, sama dengan Preve dan Suprima S. Dari spyshots terbaru ini kita dapat melihat gambaran secara kasar bentuk keseluruhan model ini yang agak ranggi dan segar. Maklumat dari risikan saya, idea rekaan model GSC @ P2-30A telah diilhamkan oleh beberapa anak muda (GenY) di unit Styling Proton yang sangat berbakat dan mempunyai idea yang menarik. Kita tunggu info selanjutnya dan foto terbaru selepas ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

64 Comments

Leave a Reply