ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stesen i Charging BMW pertama di negeri Perak dirasmikan

Views

BMW Group Malaysia dan Tian Siang Premium Auto telah merasmikan tiga stesen i Charging BMW terbaharu Di WEIL Hotel, Ipoh hari ini. En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, pemasangan tiga stesen i Charging BMW yang pertama di negeri Perak ini menguar-uarkan lagi komitmen kami untuk berterusan dalam memacu mobiliti masa hadapan negara ini.

Selaku pasaran kelima terbesar untuk BMW Hybrid dan kenderaan berteknologi eDrive, BMW Group Malaysia berbangga untuk menerajui elektro-mobiliti dan mobiliti masa hadapan negara ini. Jelas sekali, capaian akses kemudahan stesen pengecas perlu sentiasa dititikberatkan dan diperluaskan buat pelanggan-pelanggan kami terutamanya melalui rangkaian pengedar yang sah.

Ketua Pengedar Tian Siang Premium Auto, Encik Tan Ka Kin dalam ucapannya pula berkata, di Perak sahaja syarikatnya telah berjaya menjual lebih daripada 400 unit kenderaan BMW tahun lalu. Lebih daripada 45 peratus daripada unit tersebut terdiri daripada unit BMW iPerformance dan yakin jumlah ini akan terus meningkat. Pembangunan infrastruktur pengecas ini merupakan langkah syarikat menuju ke hadapan bersama-sama rakan kongsi premium di negeri ini.

Pengarah Eksekutif WEIL Hotel Ipoh pula mengulas, dengan adanya stesen i Charging BMW di WEIL Hotel ia bakal memberikan nilai tambah serta pengalaman yang terbaik kepada semua tetamu kami. Pemasangan ketiga-tiga stesen pengecas ini merupakan kesinambungan pembangunan infrastruktur yang sama di Holiday Inn Melaka dan di The Equatorial Melaka oleh Seong Hoe Premium Motors, dan juga di CityONE Megamall Kuching oleh Regas Premium Auto Sarawak.

Portfolio mobiliti berwawasan BMW Group Malaysia dengan rangkaian kenderaan BMW iPerformance juga dibantu oleh ChargEV melalui usahasama dengan Malaysian Green Technology Corporation. Sebahagian daripada program BMW 360° ELECTRIC termasuklah servis BMW ChargeNow yang memberikan akses terus kepada rakan stesen pengecas seperti ChargEV di mana pelanggan-pelanggan dapat menikmati bantuan dan akses 24 jam di setiap lokasi pengecas di bawah rangkaian ChargEV yang kini meliputi 270 kemudahan tersebut di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply