ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan LEAF 2018 jadi kereta elektrik pertama dinobatkan sebagai ‘Kereta Hijau Dunia 2018’

Views

Buat pertama kalinya sejak anugerah Kereta Hijau Dunia diperkenalkan pada 2016, kereta elektrik sepenuhnya Nissan LEAF generasi kedua telah berjaya memenangi kategori tersebut sempena pameran New York International Auto Show 2018. LEAF adalah ikon kepada Mobiliti Pintar Nissan, merupakan wawasan syarikat tersebut untuk mengubah bagaimana kereta dikuasakan, dipandu dan disepadukan dengan masyarakat.

Naib Presiden Eksekutif, Pemasaran dan Jualan Global, Kenderaan Emisi Sifar dan Perniagaan Bateri, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Jepun / A & O (Jepun, Asia, Oceania) Nissan Motor Co. Ltd., Daniele Schillaci dalam ucapannya semasa menerima anugerah tersebut berkata, syarikat amat berbangga sejak Nissan LEAF diancarkan pada 2010 telah berjaya menjual lebih 300,000 unit kenderaan elektrik emisi-sifar secara global, sekaligus membantu untuk mengurangkan karbon seluruh dunia.

Nissan LEAF berada di tempat teratas senarai awal lima penyertaan dan merupakan satu-satunya EV dalam kategori tersebut. Para juri mempertimbangkan impak keseluruhan alam sekitar kenderaan termasuk pelepasan asap dan penggunaan bahan api semasa memilih pemenang keseluruhan. Model LEAF generasi sebelumnya dinamakan “Kereta Terbaik Dunia” pada tahun 2011 dan kekal sebagai satu-satunya kenderaan elektrik tulen yang memenangi anugerah itu dalam sejarah 14 tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply