Berita baik kepada pemilik kenderaan Honda yang terlibat dalam panggilan semula akibat krisis inflator beg udara keluaran Takata. Honda Malaysia mengumumkan alat ganti tersebut kini siap sedia 100 peratus setakat hari ini dan menggesa pemilik kenderaan yang terlibat untuk membuat penggantian dengan segera di mana mana pengedar sah, Hab Servis Berpusat atau Hab Bergerak.
Setakat 17 Ogos 2016, Honda Malaysia telah menyelesaikan 45 peratus penggantian inflator beg udara Takata atau hampir 175,000 unit yang terlibat. Sejak tiga minggu lalu, Honda Malaysia telah berjaya menggantikan lebih dari 31,800 unit.
Disebabkan kekurangan stok, Honda Malaysia tidak menjanjikan 100 peratus stok sedia ada, namun sentiasa berusaha untuk memastikan penggantian dibuat secepat mungkin. Kami memohon maaf atas segala kesulitan akibat penangguhan tersebut.
Pelanggan yang terlibat boleh membuat temujanji dengan mana mana pengedar sah Honda dengan menghubungi talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020. Berikut adalah lokasi Hab Servis Berpusat Honda:
Hub Utara (Bersebelahan S.M.J.K. Convent Dato’ Keramat)
Alamat: No.401, Jalan Dato’ Keramat, 10150 Georgetown, Pulau Pinang.
Hub Tengah – Soo & Sons Metal Works Sdn. Bhd. (Bersebelahan Hospital Columbia Asia)
Alamat: Lot 15 Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Hub Selatan – Oriental Assemblers Sdn. Bhd.
Alamat: 99 & 99A-C, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.
Hab Servis Berpusat sementara ini beroperasi sejak 1 Ogos 2016 dan akan beroperasi sehingga 30 September 2016. Hab ini dibuka tujuh hari seminggu kecuali pada cuti umum, bermula dari jam 8 pagi hingga 7 malam.
Selain tu, Honda Malaysia turut membuka 24 Hab Bergerak yang akan berada di 21 stesen minyak Petron terpilih dan tiga lokasi Honda Family Road Trip. Hab Bergerak ini mula beroperasi sejak 5 Ogos lalu dan akan ditutup pada 25 September 2016. Waktu operasinya bermula dari ermula dari jam 8 pagi hingga 7 malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di tiga lokasi berbeza. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai lokasinya sila layari www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my.
Pelanggan Honda juga boleh menyemak status mereka di laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau menghubungi talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI