ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton hadiah kereta untuk pemenang pingat Olimpik RIO 2016!

Views

Ini merupakan pembakar semangat atlet atlet kita yang sedang berjuang Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil . DRB-HICOM dengan kerjasama Proton Holdings Bhd akan menghadiahkan kereta Proton sebagai tanda penghargaan kepada pemenang pemenang pingat pada temasya sukan tersebut.

Ia merupakan tanda bagi menghargai kesungguhan, bakti dan komitmen, serta demi meraikan pencapaian mereka. Pemenang pingat emas bakal menerima sebuah Perdana 2.0L, untuk pemenang pingat perak sebuah Suprima S 1.6L Turbo Premium dan sebuah Iriz 1.6L Premium pula untuk pemenang pingat gangsa.

Kereta kereta ini akan diberikan kepada mereka selepas mereka kembali ke tanahair apabila berakhirnya Sukan Olimpik Rio 2016 .”Sebagai pengeluar kereta nasional, kami amat berbangga dengan para atlet kita yang bertanding di Sukan Olimpik Rio 2016 dan demi meraikan pencapaian mereka buat Malaysia. Ini juga selaras dengan kebanggaan kami terhadap Jalur Gemilang,” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM dan Pengerusi Proton.

Sehingga kini, atlet negara kita telah menyumbang 3 pingat yang terdiri daripada tiga pingat perak dan satu pingat gangsa. DRB-HICOM dan Proton mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pingat yang telah menyumbang kepada kebanggaan negara dan percaya bahawa mereka akan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply