Motor Image Malaysia, pengedar kenderaan Subaru di Malaysia melancarkan Forester 2.0XT serba baru. Forester generasi keempat itu dilengkapi ciri mesra pengguna yang dipertingkatkan, keselesaan dan keseronokkan memandu melalui prestasi pemanduan dan kualiti perjalanan yang lebih baik Pelancaran tersebut telah diadakan di Highstreet Concourse, Kompleks Membeli-belah One Utama.
Antara ciri-ciri Forester serba baru adalah :
• Prestasi memandu dan kualiti perjalanan yang unggul dengan enjin Boxer generasi baru digabungkan bersama transmisi Lineartronic
• X-MODE, sistem kawalan baru Drive All-Wheel
• kecekapan bahan api yang cemerlang dan prestasi keselamatan
• keseluruhan kabin yang direka semula dengan ruang kargo yang luas dan pintu belakang kuasa yang hanya dikendalikan oleh butang penekan
• enjin Turbo baharu dengan Suntikan Bahan Api Terus
• SI-DRIVE
Enjin Subaru Forester 2.0XT memastikan prestasi kenderaan lebih dinamik dan seronok untuk dipandu dengan julat tork pertengahan hingga rendah ditingkatkan dan pecutan yang lebih lancar. Teknologi mesra alam juga telah direka untuk mengurangkan geseran dan meningkatkan kecekapan pembakaran, mencapai kecekapan bahan api yang unggul. Teknologi Drive All-Wheel Subaru (AWD) pula memberikan kestabilan dan membolehkan tindak balas pantas kepada keadaan jalan raya yang mencabar. Sistem kawalan X-mode yang baru dibangunkan untuk meningkatkan keupayaan AWD supaya memudahkan pemandu mengemudi Forester di laluan yang sukar, permukaan licin atau bukit curam dengan hanya satu suis.
Forester baru juga datang dengan SI-DRIVE, ciri-ciri yang ditambah untuk meningkatkan pemanduan dan menyediakan pilihan mode “Pintar”, “Sport” dan “S # (Sports sharp)” supaya pemandu dengan mudah bertukar antara pelbagai peringkat responsif dan kecekapan bahan api. Keunggulan prestasi keselamatan telah dipertingkatkan pada model Forester serba baru, khususnya badan yang diperbuat daripada keluli tegangan tinggi untuk mengurangkan berat kenderaan selain mengekalkan ketegaran yang tinggi.
Dari reka bentuk dan keselesaan, Forester baru adalah lebih besar dan luas dengan kabin yang direka bentuk semula. Pemandu juga akan mendapat lebih banyak kemudahan dengan ruang kargo yang lebih luas dan pintu belakang kuasa yang hanya dikendalikan oleh butang penekan, yang pertama seumpamanya untuk model keluaran Subaru. Forester serba baru kini dibuka untuk tempahan dari Julai 2013 dan boleh didapati disemua bilik pameran Subaru di seluruh Malaysia.
Info dan gambar dari Arish Qutb Ahmad Khan
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
KOMEN TERKINI