ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford tambah keceriaan Aidilfitri dengan Kempen Selepas Jualan Merdeka Raya

Views

merdeka_promo

Ford Malaysia terus menceriakan sambutan musim cuti ini dengan kempen Merdeka Raya yang menawarkan para pelanggannya promosi menarik selepas jualan bermula dari 1 Ogos hingga 30 September. Semua pemilik Ford boleh menghantar kenderaan mereka menjalani pemeriksaan 27-titik secara percuma untuk memastikan kenderaan mereka bersedia untuk memulakan perjalanan panjang semasa musim cuti ini.

Ford juga menawarkan diskaun 15 peratus untuk minyak pelincir yang terpilih bagi semua kenderaan yang tidak dilindungi di bawah Pelan Servis Lanjutan Ford serta diskaun 15 peratus untuk timing belt, sistem klac dan pakej brek bagi model Ford yang terpilih.

Selain itu, Ford kekal komited untuk membina sebuah dunia yang lebih baik dan membuat perubahan sebagai warga korporat yang baik. Sempena Global Week of Caring (GWOC) pada bulan September, beribu-ribu pekerja Ford akan berkumpul di pelbagai lokasi di seluruh dunia sebagai One Ford untuk melaksanakan kerja-kerja khidmat masyarakat . One Ford menunjukkan kekuatan pasukan global kami menumpukan misi sukarela untuk memberi kesan positif kepada masyarakat.

Bersempena dengan acara tersebut yang akan berlangsung pada 7-15 September, Ford Malaysia adalah penaja kenderaan rasmi  program amal ‘Titipan Kasih’ 2013 bersama Harian Metro. Pada setiap hujung minggu bulan Ramadan, Ford meminjamkan tiga buah Ford Ranger serba baru untuk membantu menghantar juadah berbuka puasa ke rumah-rumah terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply