ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subaru WRX STI 2012 dilancarkan

Views

Motor Image Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan Subaru WRX STI 2012 di Autobacs Super GT Series 2012  (Pusingan 3) di Litar Antarabangsa Sepang semalam. Model yang diperbaharui ini dilengkapi dengan Symmetrical All-Wheel Drive (AWD) dan enjin Subaru Boxer® terkini. Ia tjuga mempunyai ciri Multi-Mode Vehicle Dynamics Control System (VDC System) dan Subaru Intelligent Drive (SI-Drive).

Subaru WRX STI berenjin 2.5 liter DOHC Turbo Subaru Boxer® ini terdapat dalam dua versi, transmisi 5 kelajuan automatik dan transmisi 6 kelajuan manual. Model ini kini boleh didapati  di cawangan Motor Image Malaysia, Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Harga di atas jalan bermula dari RM249,000.00.

* Terima kasih kepada sahabat saya Arish Qutb Ahmad Khan kerana sudi berkongsi maklumat ini.
the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply