ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sudahkah Malaysia mencapai “ketepuan automotif”?

Views

Pemilikan sebuah kereta pernah dianggap hampir sebagai sesuatu yang perlu dialami. Pertimbangan untuk memiliki sebuah kereta pada hari ini tidak lagi sama seperti pada tahun 2017. Pada 2017, pembelian kereta di Malaysia telah menurun sebanyak 0.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, dan Persatuan Automotif Malaysia meramalkan jumlah keseluruhan industri bagi kereta-kereta baharu akan meningkat sebanyak 5 peratus pada tahun depan sebelum menurun dengan perlahan ke 2.1 peratus pada 2021.

Baru-baru ini, Google dan Kantar TNS telah menjalankan sebuah kajian untuk mengikuti jejak langkah para pengguna Malaysia dalam pembelian kereta. Yang menariknya, kajian tersebut mendapati bahawa 3 dari 10 orang pengguna Malaysia dijangka akan lebih kurang memandu sepanjang tempoh tiga tahun akan datang dengan adanya perkhidmatan perkongsian kenderaan yang lebih mudah didapati dan pengangkutan awam Malaysia yang semakin bagus.

Pada tahap nasional, seramai 40 peratus pengguna seharian dijangka akan memilih pengangkutan awam menjelang 2030 berdasarkan Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Nasional. Dengan sikap pengguna hari ini yang lebih merancang pembelian-pembelian besar mereka, kajian Google-Kantar TNS memberi tumpuan kepada empat peringkat utama pembelian sesebuah kereta baru:

  • Pertimbangan pembelian — “Saya mahukan sebuah kereta baru.”
  • Kajian awal — “Saya mahu mengetahui pilihan-pilihan saya.”
  • Kajian lanjut — “Saya mahu mengurangkan pilihan-pilihan saya.”
  • Detik jualan — “Saya mahu membeli pilihan muktamad saya.”

Kajian merupakan peringkat paling penting dalam proses tersebut:

  • 34 peratus dari para pengguna mengatakan bahawa mereka mula memikirkan proses pembelian tanpa sebarang maklumat mengenai produk yang diingini. Oleh kerana sebuah kereta merupakan suatu pembelian yang rumit dan menuntut perbelanjaan yang besar, para pengguna bergantung kepada kajian untuk membantu mereka membuat pilihan.
  • 96 peratus dari para pengguna Malaysia menjalankan kajian awal mereka di atas talian sepanjang tempoh dua bulan secara puratanya, sebelum mereka membuat keputusan.
  • 8 dari 10 pengguna memilih jenama yang sama, jumlah purata jenama yang dipertimbangkan sebelum pembelian adalah 2.7 — terdapat banyak ruang untuk jenama dan model baru diketengahkan ketika proses pembelian yang agak panjang ini.
  • 37 peratus dari para responden mengatakan bahawa mereka akhirnya membeli jenama yang bukan pilihan awal mereka. Kebanyakan peluang untuk mempengaruhi pembelian berlaku ketika proses kajian awal di atas talian, dengan 74 peratus dari para pengguna mengatakan bahawa mereka terbuka kepada cadangan jenama-jenama baru.
  • 93 peratus dari para pengguna Malaysia mengatakan bahawa carian atas talian merupakan sumber maklumat yang berpengaruh, dan apa yang dicari mereka memaklumkan keputusan pembelian mereka. ‘Ulasan pengguna’ merupakan carian paling utama, diikuti dengan ‘harga terbaik’, ‘ulasan profesional’, ‘perbandingan harga’, ‘prestasi berkualiti’ dan ‘tawaran.’
  • Seramai 87 peratus dari para pengguna menonton video-video ulasan dan testimoni selepas menjalankan kajian awal mereka, yang mempengaruhi pilihan muktamad model kereta mereka.
  • 1 dari 4 orang pengguna mengunjungi pusat edaran selepas melakukan carian dan 37 peratus dari (atau lebih kurang 4 dari 10 orang) para pengguna mengunjungi pusat edaran selepas menonton video atas talian, manakala 1 dari 4 orang pengguna mengambil keputusan untuk membeli sebuah kereta disebabkan oleh video atas talian yang ditonton mengenai sesuatu jenama.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply