ARKIB

KATEGORI

Buletin

Go Auto tawar promosi sempena pengumuman kadar sifar GST – Jimat sehingga RM9,500

Views

Sempena pengumuman pengenalan kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Jun 2018 yang telah dibuat pada 16 Mei lalu, pengedar eksklusif SUV Haval di Malaysia, Go Auto Sales Sdn Bhd (HAVAL Malaysia) merancang untuk menawarkan pelanggannya promosi “NOW or NEVER Celebrating Raya with Zero GST”

Promosi akan bermula dari sekarang sehingga 30 Jun 2018, menawarkan pelanggan baharu dan sedia ada HAVAL penjimatan sehingga RM9,500 yang akan merangkumi rebat sehingga RM3,000, ‘duit raya’ sehingga RM1,200 dan baucar petrol bernilai RM300. Di samping promosi semasa, syarikat bercadang untuk mengadakan jerayawara ke seluruh negara sebagai sebahagian dari kempen Reimagine Campaign di Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur yang kini akan diumumkan kemudian.

Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengarah Urusan Go Auto Group berkata, sejajar dengan halatuju dari kerajaan ketika ini, kadar sifar GST memberi Go Auto peluang untuk membuat tambahan kepada promosi sedia ada. Kempen Reimagine Campaign akan diteruskan semasa bulan Ramadan dan krew Haval Hollerz akan singgah di pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang untuk bertemu dan berinteraksi dengan orang ramai.

Untuk menjadikannya lebih menyeronokkan, mereka akan memberi hadiah kepada pengunjung yang menyertai aktiviti yang dijalankan. Untuk maklumat lanjut layari laman mikro http://reimagine.haval.my/ atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 03-5569 7332 atau hantarkan emel ke [email protected]. Selain itu layari laman sesawang www.haval.my atau laman Facebook rasmi www.facebook.com/havalmy atau laman Instagram di www.instagram.com/havalmy.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply