ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suku juta unit Axia kini berada di jalan raya

Views

Puan Isma Nurul Farhana binti Ishak, (31), tidak menyangka bahawa tempahan Perodua Axia dua minggu lalu adalah yang ke 250,000 unit yang dijual di Malaysia. Dalam upacara ringkas pada 5 Ogos 2017 di sini, Puan Isma, suaminya, Encik Ismail Din (42), dan anak mereka, Isma Abdul Hadi Ismail (4 tahun) telah menerima replika kunci, sejambak bunga dan hadiah saguhati kerana telah menjadi pelanggan bertuah Perodua.

Mereka yang menetap di Pulau Langkawi memilih Perodua Axia kerana ia adalah pilihan yang terbaik berbanding jenama lain. Selain itu, Axia antara kenderaan yang menjadi pilihan penduduk tempatan dan pelancong antarabangsa. Perodua Axia dikuasakan dengan enjin VVT-I yang mampu bergerak sehingga 22.5Km/L dalam mod Eco-Driving. Axia juga telah mendapat penarafan 4-bintang oleh ASEAN NCAP .

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd,YBhg Dato’ Dr. Zahari Husin berkata, pencapaian 250,000 unit dalam masa tiga tahun ini menunjukkan keyakinan rakyat Malaysia dalam kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan bagi kenderaan tersebut. Perodua Axia telah dilancarkan pada tahun 2014 dan model faceliftnya pula diperkenalkan pada Januari tahun ini.

Perodua Axia (Standard) datang dalam warna Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black dan Midnight Blue. Varian SE dan Advance mempunyai dua (2) warna tambahan berbanding Axia Standard-G; iaitu Solid Sunflower Yellow dan Metallic Lava Red. Harga Semenanjung Malaysia bagi varian Perodua Axia baru bermula dari RM24,900 untuk Standard E (Manual) kepada RM42,900 untuk Advance (Automatik).

Selain menjadi pelanggan bertuah, Puan Isma turut berpeluang untuk memenangi Perodua Myvi di bawah promosi “Myvi 12 Anniversary Iconic Years” yang berlangsung antara 1 Julai dan 31 Oktober 2017. Untuk layak menyertainya, pelanggan boleh membeli kenderaan Perodua baharu di cawangan jualan Perodua yang sah atau servis kenderaan Perodua (dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM300) atau menjual semula mana-mana model kereta dengan Perodua. (Tertakluk kepada terma dan syarat).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply