ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

SUV tujuh tempat duduk, Peugeot 5008 diperkenalkan – Apa yang menarik mengenainya?

Views
Unboxing: Peugeot 5008

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia baru-baru ini secara rasminya melancarkan SUV tujuh tempat duduk 5008 serba baharu. Sasaran jualan untuk SUV dalam segmen-C ini adalah sekitar 3,600 unit untuk tahun 2018. CEO Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan dalam ucapan semasa majlis pelancaran berkata, Peugeot 5008 tampil lebih menyerlah berbanding dengan pesaingnya kerana ia sebuah SUV yang serba boleh dan praktikalitinya sebagai MPV yang boleh membawa tujuh orang penumpang dalam masa yang sama.

Apa yang menarik mengenai Peugeot 5008?

  • Dibangunkan dari pelantar Efficient Modular Platform baharu (EMP2) yang hanya seberat 1,385 kg atau 95 kg lebih ringan berbanding model MPV yang digantikannya.
  • Dikuasakan oleh enjin 1.6 Turbo THP yang mampu menjana 167 PS dan tork maksimum sebanyak 240 Nm yang tiba seawal 1,400 rpm dengan kecekapan bahan bakar 7.3 liter untuk setiap 100 km dan pelepasan CO2 serendah 133g/km.
  • Dilengkapi dengan transmisi enam kelajuan automatik dengan teknologi Quickshift yang disertakan dengan paddle shift.
  • Peugeot 5008 mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 9.2 saat.
  • Rekaan dalaman Peugeot i-Cockpit® yang tampil dengan rekaan futuristik, menampilkan srin sentuh pelbagai fungsi bersaiz 8-inci serta kluster paparan kepala digital bersaiz 12.3-inci yang berfungsi sebagai meter penunjuk kelajuan, odometer, komputer perjalanan dan lain-lain dengan animasi dan grafik yang menarik.
  • Tempat duduk dibalut kulit dan dilengkapi dengan cagak ISOFIX tiga poin.
  • Peugeot 5008 menawarkan ruang kargo sebanyak 1,060 liter apabila kerusi baris ketiga dilipat, dan jumlahnya bertambah kepada 2,042 liter apabila kerusi baris kedua dilipat sepenuhnya dan ia juga boleh membawa muatan yang panjangnya 3.20 meter.
  • Pintu belakangnya boleh dibuka dan ditutup dengan hanya meletakkan kaki di bawah bampar belakang.
  • Ciri-ciri keselamatan seperti 6 beg udara, Program Kestabilan Elektronik Termaju, Kawalan Cengkaman Termaju dengan lima pilihan mod yang pertama dalam kelasnya, Kawalan Menuruni Bukit, Informasi Had Kelajuan, Amaran Perhatian Pemandu dan Amaran Keluar Lorong.
  • Mendapat penarafan 5-bintang dari EURO NCAP.
  • Antara ciri-ciri lain yang menarik adalah sambungan Android Auto, Apple Carplay dan Mirrorlink, brek parkir elektronik automatik, pendingin hawa dwi-zon automatik, kamera undur dengan tiga pilihan tetapan, enam pembesar suara dengan sistem bunyi 3D Arkamys dan kerusi pemandu elektrik dengan lapan memori pelarasan.

Peugeot 5008 ditawarkan alam empat pilihan warna yang menarik, Emerald Crystal, Amazonite Grey, Nera Black dan Pearlescent White. Harga atas-jalan tanpa insurans adalah RM173,888 di Semenanjung Malaysia. Ia turut didatangkan dengan lima tahun jaminan pengeluar bersama akses 24 jam kepada servis Peugeot Assistance serta pas percuma ke SkyLounge by Naza di Subang Skypark.

Jom tonton video ringkas yang kami sediakan. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube kami Funtasticko TV

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply