ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenaikan harga minyak ditangguhkan sementara oleh kerajaan

Views

Kami sebenarnya merasa agak hairan mengapa berita ini telah ditarik balik oleh laman sesawang Berita Harian. Adakah ia mungkin mencetuskan pelbagai persepsi di kalangan rakyat menjelang PRU14 tidak lama lagi? Memetik laporan tersebut, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk menangguhkan sementara kenaikan harga bahan api berkenaan di pasaran tempatan walaupun harga minyak global meningkat sejak kebelakangan ini.

Harga runcit minyak di pasaran tempatan kekal pada harga RM2.20 untuk RON95, RM2.47 untuk RON97, dan RM2.18 untuk Diesel selama enam minggu berturut-turut. Menurut beliau, Perdana Menteri telah meminta untuk menangguhkan sementara peningkatan harga minyak memandangkan kerajaan masih belum ada lagi formula untuk menyelesaikannya.

Tambah beliau lagi, keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu adalah untuk manfaat rakyat setelah mengambil kira tekanan yang akan dihadapi, terutama pada golongan bawahan. Beliau turut mengulas tentang tindakan segelintir pihak yang mempolitikkan isu tersebut dan mengaitkannya dengan kerajaan. Keputusan tersebut tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Apa pandangan anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply