ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki lanjutkan Siri Jelajah Mega

Views

Suzuki Mega Roadshow_3

Kepada peminat jenama Suzuki, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke lokasi Siri Jelajah Mega Suzuki yang kini telah dilanjutkan sehingga Mac tahun ini. Mydin, Kuala Terengganu bakal menjadi lokasi pembuka tirai Siri Jelajah Mega Suzuki selama tiga hari bermula pada 17 Januari. Promosi menarik ini juga telah dilanjutkan sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Suzuki bakal menawarkan pelbagai tawaran dan hadiah menarik kepada pengunjung selain peluang untuk memandu uji model kenderaannya.

500 orang pelanggan pertama Suzuki Swift yang mendaftar di mana-mana lokasi siri jelajah bakal berpeluang untuk menyertai acara cabutan bertuah. Hadiah utamanya ialah pakej pelancongan untuk dua orang ke Jepun, TV LED 60 inci dengan sistem teater rumah, akaun simpanan dengan ASB/ASN bernilai RM10,000 dan baucer membeli-belah Parkson bernilai RM5,000! Selain itu promosi ini turut menawarkan rebat tunai sehingga RM15,000. Kadar faedah serendah 1.88% turut ditawarkan oleh MayBank dan RHB Islamic Bank untuk pembelian Suzuki Swift GL dan Swift GLX.

Lokasi Siri Jelajah Mega Suzuki:

17 – 19 Jan (Jumaat-Ahad) – Mydin Mall, Kuala Terengganu

24 – 26 Jan (Jumaat-Ahad) – Delta Mall, Sibu

5 – 7 Feb (Rabu-Jumaat) – KB Mall, Kota Bahru

7 – 9 Feb (Jumaat-Ahad) – East Coast Mall, Kuantan & AEON Kinta City, Ipoh

13- 15 Feb (Khamis-Sabtu) – Star Parade, Alor Setar

21 – 23 Feb (Jumaat-Ahad) – Ujana Kewangan Mall, Labuan

28 Feb – 2 Mac (Jumaat-Ahad) – DRB-HICOM Auto Fest 2014 @ EON Head Office Complex, Shah Alam, Selangor

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply