ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Swift generasi baharu diperkenalkan

Views

Setelah puas disogokkan dengan foto risikan dan bocor, akhirnya generasi baharu Suzuki Swift muncul secara rasmi. Buat permulaan hanya versi JDM (Model Domestik Jepun) diperkenalkan terlebih dahulu dan ditawarkan dalam tujuh pilihan kemasan dan tiga pilihan enjin. Swift serba baharu ini bakal dikuasakan oleh enjin 1.2-liter empat silinder sebaris sebagai enjin asas, versi hibrid dan 1.0-liter turbo untuk versi RSt.

Versi hibrid dipadankan dengan transmisi CVT, manakala versi yang dilengkapi enjin asas turut ditawarkan dengan transmisi lima-kelajuan manual sebagai pilihan. Kedua-duanya dipacu dengan pacuan roda-hadapan atau semua-roda, manakala versi turbo hanya didatangkan dengan spesifikasi pacuan roda-hadapan dengan transmisi enam-kelajuan automatik.

Buat pertama kalinya, Suzuki memperkenalkan teknologi sistem tebatan-perlanggaran, bantuan lampu tinggi dan kawalan pelayaran adaptif. Swift baharu akan berada dipasaran Jepun pada 4 Januari, lebih awal sebelum pelancaran secara global di Geneva Motor Show 2017 pada bulan Mac. Adakah Suzuki akan memakaikan ‘lambang harimau’ pada Swift ini pada masa akan datang untuk pasaran Malaysia? Kita tunggu dan lihat! Kami pun tak pasti.

KLIK UNTUK BESARKAN

swift1 swift2 swift3 swift4 swift5 swift6 swift7 swift8 swift9 swift10 swift11 swift12 swift13 swift14 swift15 swift16

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • rasanye proton tak payah kot rebadge swift ni. sebab iriz dah ada. tak kan nak kacau market iriz pulak. lain lah cerita kalau jualan iriz tu dah tinggi salesnya, maybe time tu boleh la kot nak rebadge swift ni. buat masa sekarang, proton perlu kukuhkan jualan iriz dengan penambaikan nilai dan kualiti. dengar citer ada facelift iriz 2017?


    • Rebadge Vitara le! Mengikut peredaran masa sekarang permintaan tinggi untuk model subcompact SUV, compact SUV, crossover, high-ride vehicle, crossover utility vehicle, Dan seangkatan dengannya. Model seperti ini mula mendapat tempat dihati pengguna Malaysia, walaupun lewat sedikit berbanding pengguna di eropah Dan China. Pengguna Dari Sabah Dan Sarawak dah lama minat Kenderaan pacuan 4 roda/semua roda.


    • Rasanya sambutan tidak akan menggalakkan. Model² Suzuki nampak menarik Dan berkualiti tetapi minat Dan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap model Suzuki sangat kurang berbanding model import lain. Lihat saja Proton Ertiga jualannya tidak mencapai target 5k unit sebulan. Apatah lagi rebadged swift yang harganya lebih mahal berbanding Ertiga(CKD Indon).

Leave a Reply