ARKIB

KATEGORI

Buletin

Takata mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan, setuju bayar pampasan $1 bilion

Views

Reuters melaporkan Takata Motor Corp, pembekal pengepam (inflator) beg udara yang menyebabkan 16 kematian di seluruh dunia dan lebih daripada 150 kecederaan telah bersetuju untuk mengaku bersalah dan perlu membayar pampasan berjumlah $1 bilion (RM4.4 bilion). Jumlah tersebut merangkumi $25 juta (RM111 juta) denda jenayah, $125 juta (RM555 juta) untuk membayar pampasan kepada mangsa semasa dan masa depan, dan $850 juta (RM3.78 bilion) lagi kepada pengeluar kereta untuk mengurangkan kerugian mereka selepas kempen panggilan semula secara besar-besaran diumumkan di seluruh dunia.

Tindakan terbaharu tersebut dibuat selepas tiga eksekutif kanannya di Amerika Syarikat meletak jawatan, dan kedengaran khabar angin mengatakan Key safety Systems (KSS) Inc terpilih menjadi penajanya, namun ia telah dinafikan oleh pihak Takata. Krisis ini belaku disebabkan oleh pengepam beg udara yang boleh meletup dengan kuasa berlebihan sekiranya berlaku perlanggaran, berpunca dari pendedahan berpanjangan kepada haba dan kelembapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

takata-2 does-takata-tktdy-have-enough-funds-for-the-faulty-airbag-recalls

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply