ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model konsep sedan mewah H600 Hybrid Kinetic rekaan Pininfarina buat kemunculan di Geneva

Views

Pentas pameran Pininfarina di Geneva Motor Show tahun ini bukan sahaja bakal mempertontonkan model konsep Fittipaldi EF7, tetapi ada sebuah lagi model konsep mesra alam yang dikenali sebagai H600. Ia merupakan konsep yang diilhamkan oleh Pininfarina bagi pihak Hybrid Kinetic Group yang berpangkalan di Hong Kong.

Hybrid Kinetic Group adalah syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan, pengeluaran dan pemasaran kenderaan tenaga baharu serta komponen utamanya. Buat masa ini tiada maklumat terperinci diperolehi dari kedua-dua pihak, namun dikatakan model konsep tersebut merupakan sebuah sedan mewah yang “elegan dan selesa” serta dijana oleh pendorongan tenaga baharu (new energy propulsion).

Ketika kebanyakan pengeluar kenderaan kini mempertingkatkan keupayaan rekabentuk, pembuatan prototaip dan pengeluaran berskala rendah secara dalaman, Pininfarina yang kini dimiliki oleh Mahindra, akan menumpukan kepada kerja kerja merekabentuk dari China yang menjadi aliran perniagaan terbaharu syarikat tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Teaser_HK_1.LOW

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply