Perodua mengambil satu lagi inisiatif untuk menghijaukan bumi dengan memperkenalkan sebuah Taman Eco yang terletak di tengah-tengah fasiliti pengeluarannya. Taman Eco ini akan dilengkapi dengan sebuah ladang kecil yang menggunakan sistem penanaman secara hidrofonik dan tenaga elektrik bagi kegunaan taman ini akan dijana dengan tenaga solar dan bateri yang boleh dicas semula.
Selain itu, bahan binaan Taman Eco Perodua turut menggunakan bahan buangan dari fasiliti pengeluaran dengan menggunakan kaedah “mengurangkan (reduce), guna-semula (re-use) dan kitar semula (recycle)”. Taman Eco Perodua ini mempunyai keluasan 1500 meter persegi dan kos pembinaannya mencecah RM300,000. Ia dijangka siap sepnuhnya pada bulan Oktober 2017.
Pengumuman mengenai pembinaan Taman Eco Perodua telah dibuat semasa Perodua Eco Month 2017 yang telah dilancarkan pada 1 Jun 2017 oleh Datuk (Dr) Aminar, Mr Masanori Takahashi (Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd) dan YBhg Datuk Ahmad Suhaimi Hashim (Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd).
Acara ini telah dianjurkan oleh jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Perodua sempena Perodua Eco Month 2017. Antara aktiviti yang diatur termasuklah ceramah mengenai amalan persekitaran terbaik, pertandingan kitar semula kreatif dan kuiz alam sekitar serta pertandingan kutipan kitar semula.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI