ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda tayang lakaran Accord 2018

Views

Generasi ke-10 Honda Accord bakal membuat kemunculan global pada 14 Julai ini di Detroit dan ia akan dipancarkan secara online livestream. Untuk menghangatkan suasana sambil menanti detik pelancarannya, Honda telah mula membuat usikan awal dengan menayangkan lakaran Accord 2018. Model Accord generasi ke-10 ini dikatakan sebagai yang paling seronok dipandu dengan rekabentuk yang dramatik.

Awal bulan ini, Honda telah mengumumkan Accord baharu bakal ditawarkan dengan tiga pilihan enjin yang berkuasa dan cekap bahan api, dua daripadanya dilengkapi pengecas turbo dengan pancitan terus dan dipadankan dengan pilihan transmisi 10-kelajuan automatik serba baharu, CVT atau enam-kelajuan manual. Accord baharu akan turut ditawarkan dengan teknologi hibrid dua-motor generasi baharu.

Jika diperhatikan pada lakaran yang dikeluarkan, kita dapat melihat rekabentuk hadapan model Accord baharu yang menampilkan lampu hadapan LED dan jeriji krom Honda yang terbaharu. Maklumat lanjut mengenai Accord baharu hanya akan diketahui semasa hari pelancarannya nanti. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply