Tan Chong Group dengan bangganya mengumumkan Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (TCMA) berjaya mencapai pengeluaran kumulatif sejuta (1,000,000) unit kenderaan Nissan di Malaysia pada bulan lepas. Syarikat tersebut juga bakal meraikan Ulang Tahun ke-60 tahun ini dan menawarkan Nissan Almera 1.5L Automatik, dengan bayaran bulanan serendah RM600.
ETCM sekali lagi memulakan Kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan yang sangat berjaya untuk tahun ketiga. Kempen itu akan berlangsung sepanjang bulan Mac dan April. Ia memberi peluang kepada pelanggan yang membeli kenderaan Nissan untuk memenangi percutian ditanggung sepenuhnya dan menikmati pengalaman menyaksikan perlawanan Liga Juara-juara UEFA secara langsung di Eropah.
Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan di bilik pameran terpilih dan siri jelajah Nissan untuk memandu uji model-model Nissan yang inovatif seperti Nissan X-Trail dengan Around View Monitor yang menawarkan pemandangan 360 darjah. Selain menikmati activiti Liga Juara-juara UEFA dan memenangi hadiah-hadiah menarik.
Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan adalah seperti berikut:
Wilayah | Tarikh | Lokasi |
Tengah | 1 – 5 Mac | IOI City Mall, Putrajaya |
8 – 12 Mac | Sunway Velocity, KL | |
Selatan | 17 – 19 Mac | Kluang Mall, Johor |
3 – 12 Mac | AEON Bukit Indah, Johor Bahru | |
Utara | 14 – 19 Mac | AEON Taiping |
Timur | 9 – 12 Mac | East Coast Mall, Kuantan |
Sabah | 17 – 19 Mac | Imago Times Square, KK |
Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan di bilik-bilik pameran terpilih adalah seperti berikut:
Wilayah | Tarikh | Lokasi |
Timur | 10 & 11 Mac | ETCM Kota Bharu |
Tengah | 11 & 12 Mac | ETCM Glenmarie |
Utara | 11 & 12 Mac | ETCM Butterworth |
Selatan | 11 & 12 Mac | ETCM Johor Jaya |
Sabah | 11 & 12 Mac | ETCM Sandakan |
Sarawak | 11 & 12 Mac | ETCM Kuching |
Maklumat lanjut, layari laman sesawang www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI