ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Wave Alpha MMC tampil lebih sporty dan bergaya

Views

Baru baru ini Boon Siew Honda telah memperkenalkan model terlaris Wave Alpha MMC yang lebih bergaya, serta diiktiraf sebagai EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) dan berpiawaian Euro3 yang mesra alam serta cekap bahan api. Wave Alpha MMC menawarkan sistem penapisan terkini yang dapat meminimumkan pelepasan asap, dan meningkatkan prestasi secara keseluruhan. Model ini pasti mampu memenangi hati penunggang motosikal yang ingin memiliki motosikal berjenama premium dan penuh bergaya.

Wave Alpha menjadi sebagai peneraju pasaran dalam kategori sesaran enjin rendah sejak ia diperkenalkan ke pasaran Malaysia, November tahun lalu. Versi Wave Alpha MMC dilengkapi perendam ekzos berkonsep sporty dan pemegang genggaman selesa (Jenis Roda Tuangan sahaja) dan hadir dengan warna baharu – Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue) dan warna warna sedia ada seperti Hitam Mutiara (Pearl Magellanic Black) dan Merah (Vivacity Red).

Harga saranan bagi Wave Alpha MMC dalam dua varian adalah dari RM 4,535.74 (Brek Gelendong dan Roda Jejari) dan RM 4,927.94 (Brek Cakera dan Roda Tuangan), termasuk GST. Model ini ditawarkan dengan dua tahun atau 20,000km jaminan kilang (mana mana tiba dahulu). Untuk maklumat lanjut mengenai Honda Wave Alpha MMC, sila layari laman sesawang www.boonsiewhonda.com.my atau Facebook: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.

KLIK UNTUK BESARKAN

Key Visual Pearl Magellanic BLACK1 Pearl Nightfall BLUE (New)1 Pearl Nightfall BLUE_sideview1 USP - Sporty-look exhaust1 USP- Comfortable Rear Grab(cast wheel type only)1 USP- New Stripe1 Vivacity RED_front1 Vivacity RED1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply