Selepas crossover tujuh tempat duduk BR-V melepasi sasaran tempahan dengan 4,000 unit, Honda Malaysia terus menekal pedal untuk memecut mendahului pesaingnya dan bakal memperkenalkan model City facelift tidak lama lagi. Jika merujuk kepada risalah yang mula disebarkan ke laman sosial ini, tempahan untuk model sedan naik taraf itu akan mula dibuka pada 1 Februari 2017.
Selain perubahan kosmetik terutama sekali di bahagian depan, antara ciri ciri terbaharu pada model ini ialah lampu hadapan dengan lampu nyalaan siang LED (DRL), lampu belakang LED, rim aloi dua-tona, kamera undur pelbagai sudut, spoiler ducktail dengan lampu brek, lampu kabus hadapan selain enam beg udara.
City facelift akan dijana dengan enjin 1.5 liter i-VTEC dengan kecekapan penggunaan petrol 17.5 km/l dan mempunyai ruang bagasi paling besar dalam kelasnya yang berkapasiti 536 liter. Model ini telah pun dilancarkan di Thailand baru baru dan kami jangka ia bakal diperkenalkan pada penghujung bulan hadapan atau pada awal Mac nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
Oh my.. proton preve & suprima facelift bila lagi? Semakin di belakang honda lah dari segi jualan tahun ini..
Jika Suprima & Preve FL dilancarkan tahun 2017 kesemua variannya menggunakan enjin 1.6L CFE.(138hp)
Jika dilancarkan 2018 kesemua variannya menggunakan enjin euro6 1.5L t-gdi (180hp). 6 speed MT Dan 7 speed protronic.
Honda City versi naik taraf sudah ada 6 beg udara.. Berapa banyakkah kenaikan harga untuk City versi naik taraf ini?..
Kepala butohlah!