ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Myvi generasi ke-3 bakal dibuka dalam masa terdekat?

Views

Kami sebenarnya suka menyelinap ke dalam group-group kat Facebook untuk mencari maklumat yang terkini dari sumber yang kami rasa boleh dipercayai. Jadi tugas tersebut kami serahkan kepada ejen perisik Mat Bond yang dapat memintas satu perbualan di ruangan komen yang mengatakan tempahan model Myvi generasi ke-3 (nama kod D20N) bakal dibuka dalam minggu ini.

Salah satu komen mengatakan, tempahan model tersebut akan mula dibuka pada hari Rabu (8hb November 2017). Sejauh mana kebenaran info ini kami tidak berani untuk mengesahkannya namun ia turut disokong dengan satu lagi komen yang mengatakan stok model Myvi semasa kini telah pun habis dijual. Jadi besar kemungkinan maklumat ini boleh dipercayai dan kebetulan juga pada hujung minggu ini berlangsungnya Malaysia Autoshow di MAEPS, Serdang.

Kami jangka Perodua akan membuat kejutan sambil mengacah pengunjung dengan kelibat Myvi generasi ke-3 menerusi sesi pra-tonton di Malaysia Autoshow dan mula membuka tempahannya pada masa yang sama. Foto bocor model ini juga telah mula berlegar di laman-laman sosial, namun kami tidak berani untuk memaparkannya di sini atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Harap anda semua memahami ye.

* Foto sekadar hiasan, tiada kaitan langsung dengan Myvi generasi ke-3. Pada pengamatan kami, rekaan Myvi baru memang menarik, lampu depannya mirip Saga FLX, bahagian sisinya mempunyai iras Honda Jazz. Sekali imbas ia mempunyai pengaruh unsur rekaan model hatchback kompak Toyota Corolla IM yang dijual di pasaran Amerika Syarikat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota Corolla IM

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply