ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Tempahan Proton Saga baharu dibuka, ini apa yang kami tahu mengenainya

Views

Sementara menunggu tempoh embargo artikel sesi pandu uji dan pra-tonton media Proton Saga baharu yang akan diterbitkan tengah malam ini, kami ingin kongsikan kepada anda apa yang kami tahu mengenai ‘kereta rakyat’ ini. Tempahan model ini sudah pun dibuka dan anda kini boleh ke mana mana bilik pameran Proton yang berhampiran untuk membuat tempahan.

‘Kereta rakyat’ generasi baharu ini sebenarnya lebih kepada penukaran kulit atau reskin model sedia ada kerana ia masih menggunakan platform sama namun diberi beberapa penambahbaikan. Berikut adalah informasi yang kami tahu mengenai model Saga baharu ini.

Enjin dan transmisi

Seperti yang dah kita ketahui, Saga baharu akan menggunakan enjin 1.3 liter VVT yang sama pada model Iriz 1.3 namun ia menggunakan 3 enjin mounting yang bertujuan untuk mengurangkan gegaran enjin sekaligus menjadikan NVH (Noise, Vibration dan Harshness) lebih baik dan dipadankan dengan pilihan transmisi manual atau CVT. Dikatakan bunyi dalam kabin Saga baharu lebih senyap berbanding Persona.

saga-depan1

Varian dan harga tentatif

Untuk Saga baharu, Proton memberi pilihan tiga varian – 1.3 Standard (manual/CVT), 1.3 Executive (CVT) dan 1.3 Premium (CVT). Senarai harga tentatif Saga baharu:

– Varian 1.3 Standard (manual) RM37,800 (Semenanjung) dan RM39,800 (Sabah dan Sarawak)
– Varian 1.3 Standard (CVT) RM40,800 (Semenanjung) dan RM42,800 (Sabah dan Sarawak)
– Varian 1.3 Executive (CVT) RM43,800 (Semenanjung) dan RM45,800 (Sabah dan Sarawak)
– Varian 1.3 Premium (CVT) RM46,800 (Semenanjung) dan RM48,800 (Sabah dan Sarawak)

Pilihan warna

Enam pilihan warna ditawarkan – Cotton White, Fire Red, Sterling Silver, Metal Grey, Topaz Blue dan Midnight Black.

saga-dashboard

Ciri ciri keselamatan

Sensor menyeluruh (di bahagian bumpar hadapan dan belakang), ESC dengan Kawalan Cengkaman, Bantuan Mendaki Bukit/Cerun, Bantuan brek, ISOFIX dan Top theter serta diiktiraf 4-Bintang ASEAN NCAP.

Ciri ciri menarik yang lain

Ruang bagasi 420 liter, lampu kabus hadapan dan belakang, kamera undur pada cermin pandang belakang, dua port pengecas USB di belakang, tempat duduk belakang dilipat penuh dan banyak lagi termasuk jaminan lima tahun dari Proton.

Kalau anda berkenan dengan Saga baharu ni jangan tunggu lagi, cepat buat tempahan dengan segera kerana pelancaran model ini bakal dibuat pada 28 September ini, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

saga-belakang saga-dashboard saga-depan saga-depan1 saga-profil-sisi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

16 Comments


  • TAHNIAH PROTON REKABENTUK ANDA MEMANG TARAF DUNIA.GUA SUKA REKABENTUK INI MENAMPAK REKABENTUK KERETA JERMAN.MACAM PERDANA KECIL DAN BMW 3SIRI KECIL.GUA JAMIN INILAH KERETA PALING LARIS DIMALAYSIA.INSYALLAH.


  • Mmm…. ko tengok slope n curve C pillar dia… dibentuk dgn cantik n agak seksi! Dari 3 model baharu yg diperkenalkan tahun nie, prootn dah pandai design lampu blakang yg menarik perhatian. Tahniah!:) Tinggal lagi tunggu lampu blakang facelift preve n exora jer bagaimana nanti. hehe:)

    Rekaan luar bahagian dari tengah ke bahagian blakang adalah paling menyerlah. X dpt bayangkan bila pengguna kereta Bezza berenti di balakng proton saga baru nie di traffic light. Mengenangkan boot bezza yg tonggek n melihat rekaan blakang saga yg sedap mata memandang:) Tentu bercampur baur perasaannya. Hehe…

    Rekaan bahgian depan saga nie tidak begitu agresif n garang, garisan2 yg agak roundish n ‘humble’ sebagai kereta rakyat bagi kegunaan harian:). Satu lagi nisbah sisi badan n tingkap kaca yg lebih balance dan stabil secara visual dgn ketinggian kereta dikurangkan 11mm. Cun…

    Cheers!


  • Rekaan hadapan, tepi dan belakang jauh lebih baik dibanding Saga generasi terdahulu.. Ruangan roda juga lebih besar daripada Saga BLM/FLX.. Streering exora nampak besar dalan Saga


    • Mmm… logo baru prootn berbentuk 3D. mmg tak sesuai digunapakai di stereng utk tujuan keselamatan. Melainkan prootn dsign perumah baru yg lebih selamat utk logo baru tu pada stereng model2 barunya…;)

      Cheers!


  • Azlan othman tido xlena lor.. pasni cari keje kt toyota dugong lah.. hehe

    Insya Allah moga Proton terus catat jualan tertinggi dan langkah awal untuk berjaya di pasarang eksport antarabangsa.. dgn sales cemerlang di HOMELAND!

Leave a Reply