Dengan pengalaman hampir empat dekad dalam industri pengangkutan, Teo Tuan Kwee Sdn Bhd (TTK) telah mengumumkan pembelian tambahan 50 unit trak Scania dan ini bakal memberi kekuatan tambahan kepada 182 unit trak Scania sedia ada. Syarikat yang berpangkalan di Johor ini mempunyai kepakaran dalam pengangkutan minyak sawit, lori tangki, pengangkutan kargo dan kontena. Pembelian ini juga merupakan tempahan yang terbesar setakat ini di Malaysia.
TTK juga menjadi menjadi syarikat pertama di wilayah Selatan yang membeli trak Scania Siri-G yang bakal digunakan untuk operasi jarak jauh. Trak terbaharu TTK turut didatangkan dengan pakej Penyelenggaraan Percuma selama dua tahun dari Scania, dua tahun Bantuan Scania 24/7 percuma dan sepuluh tahun Sistem Pengurusan Fleet (FMS) percuma.
Sistem FMS diaktifkan melalui komunikator yang didatangkan standard dengan trak Scania yang membolehkan operator mencapai penjimatan bahan api sehingga 10 peratus selain mengumpul data trak Scania yang memberikan maklumat yang berharga, pengesanan dan diagnostik tingkah laku pemandu dan kenderaan. Ini akan memberikan manfaat yang besar dari peningkatkan uptime, keselamatan yang lebih baik dan mengurangkan kos operasi; terutama sekali jika disertakan dengan pakej Latihan Pemandu Scania dan Bimbingan Pemandu Scania.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI