ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terowong Genting Sempah hala Timur ditutup sementara untuk kerja penyelenggaraan

Views

Perhatian kepada pengguna lebuh raya Lebuhraya Pantai Timur! ANIH Berhad ingin memaklumkan penutupan Terowong Genting Sempah hala Timur selama empat hari bermula jam 8 pagi, 13 Jun hingga 12 tengah malam, 17 Jun 2016 untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan. Ia merupakan penyelenggaraan secara berkala dan telah mendapat kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala Barat akan diaktifkan bagi memudahkan pengguna lebuh raya hala timur menuju ke Kuantan. Pihak ANIH Berhad mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuh raya.

Pengguna LPT disarankan untuk sentiasa mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111 untuk mengetahui perkembangan terkini di LPT. Segala kesulitan amat dikesali.

tunnel-closure

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply