ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sumbang RM21,000 kepada tujuh Surau di Selangor

Views

Sempena meraikan kedatangan bulan Ramadan, Perodua melalui program Ihya Ramadannya telah menyumbang wang tunai sebanyak RM21,000 kepada tujuh buah surau terpilih di Selangor untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sepanjang bulan puasa. Program Ihya Ramadan adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Perodua dalam usaha untuk mendekati masyarakat, khususnya melalui surau surau yang berdekatan.

Antara surau surau terpilih ialah Surau An-Nur, Bukit Beruntung, Surau Kampung Padang, Sg. Choh, Surau Hidayatul Mustaqim, Serendah, Surau Al-Ikhlas, Sg. Buaya, Surau Al-Rashidin, Bukit Beruntung, Suray As Soodiqin, Bukit Beruntung dan Surau Al-Ittihadiah, Shah Alam.

Hadir untuk menyampaikan sumbangan ialah Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh. Katanya, “Kami percaya melalui program sebegini, kita dapat membantu institusi badan agama Islam ini menampung program program yang akan mereka jalankan di sepanjang bulan Ramadan.” berkata. Turut hadir Pengerusi Badan Agama Islam Perodua (BAIP), Encik Noor Hashiman Sulaiman dan Ustaz Fauzi Abdul Hamid, Ketua Hal Ehwal Agama Islam Perodua.

“Usaha sebegini akan dilakukan berterusan dalam mengukuhkan persaudaraan dan seterusnya membina masyarakat ke arah yang lebih baik,” tambah Aminar lagi. Semoga bertambah rezeki Perodua bulan Ramadan ini. Tahniah Perodua!

KLIK UNTUK BESARKAN

DSC_5007 DSC_5035

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply