ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla Model S tampil dengan wajah baharu

Views

Inilah wajah terbaharu Tesla Model S yang dinaiktaraf sekaligus mengikut jejak langkah Model 3 dan Model X dengan menampilkan jeriji yang kecil dan lampu hadapan LED. Bukan setakat di luar, bahagian kabin Model S turut dipertingkatkan dengan beberapa ciri baharu seperti tempat duduk hadapan dengan pemanas/pengudaraan dan penapis udara HEPA gred-perubatan. Selain itu, ia turut dilengkapi dua pilihan kemasan kayu Dark Ash dan Figured Ash.

Hanya sedikit perubahan dibuat pada bahagian dalaman dengan sistem kemasukan tanpa kunci, sambungan Bluetooth / USB, kamera pandang belakang, sistem navigasi, pengelap cermin dengan sensor hujan, dan sistem infohiburan dengan paparan 17-inci.

2016-tesla-model-s-update

Pilihan aksesori tambahan seperti upholsteri kulit Nappa, pencahayaan ambien LED dan penapis udara HEPA hanya terdapat pada pakej Naiktaraf Premium. Pelanggan juga boleh memilih Pakej Cuaca Subzero dan mendapat aksesori tambahan seperti tempat duduk belakang, stereng dan muncung penyembur dengan pemanas.

Tesla Model S facelift masih mengekalkan enjin yang sama dengan beberapa varian pilihan ditawarkan bermula dengan varian paling rendah Model S 70 yang menggunakan satu motor elektrik sehingga varian Model S P90D yang dilengkapi sistem dua-motor elektrik. Tesla telah menaiktaraf pengecas 48 amp yang membolehkan pengecasan dibuat dengan lebih pantas. Model naiktaraf ini bakal dikeluarkan dalam masa terdekat dan harganya bermula dari USD71,500 (RM278,117.15).

Tesla Model S facelift

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

2016-tesla-model-s-update 2016-tesla-model-s-update1 2016-tesla-model-s-update2 tesla-model-s-update

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply