ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla tayang imej acah pertama trak pikap elektrik

Views

Kejutan Tesla sempena pelancaran trak Semi bukan setakat memperkenalkan Roadster, malah turut mengusik peminat automotif dunia dengan menayangkan imej acah pertama trak pikap elektrik. Menurut Elon Musk, model akan datang Tesla ini bakal menjadi trak pikap yang mampu mengangkut trak pikap. Kalau anda lihat pada lakaran yang ditayangkan, memang saiz trak pikap ini bukan kecil-kecil anak, jauh lebih besar berbanding dengan trak pikap biasa.

Tesla mahu trak pikap ini berkongsi sebanyak mana yang mungkin teknologi yang ada pada Semi tetapi membolehkan sesiapa sahaja dengan lesen memandu biasa untuk memandunya. Konsep trak pikap ini masih lagi diperingkat awal pembangunan, jadi Tesla dijangka akan mendedahkan prototaip sepenuhnya dalam masa beberapa tahun lagi. Lagipun, mereka tersangatlah sibuk buat masa ini, jadi anda semua kena tunggu lah ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply