ARKIB

KATEGORI

Buletin

VIDEO : Nak tahu betapa lajunya Tesla Roadster, jom tonton video ini!

Views
Tesla Roadster test drive in 360

Tesla mengejutkan dunia permotoran global dengan memperkenalkan Tesla Roadster yang bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun 2020 semasa majlis pelancaran trak Semi. Tesla Roadster generasi kedua ini mampu mencecah kelajuan 96 km/j hanya dalam masa 1.9 saat! Hampir setengah saat lebih pantas dari Bugatti Chiron. Kereta sport elektrik ini juga hanya memerlukan 4.2 saat untuk mencapai kelajuan 160 km/j dan mampu bergerak sejauh suku batu hanya 8.9 saat. Kelajuan tertingginya pula mencecah 402 km/j!

Menurut pengasas Tesla, Elon Musk, Tesla Roadster mampu bergerak sejauh 620 batu dan dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 200kWh. Ia mempunyai empat tempat duduk, namun kerusi belakangnya sangat kecil. Harga bagi Tesla Roadster bermula dari RM831k (USD200,000) manakala untuk peminat tegar Tesla, versi Roadster Founders Series akan turut ditawarkan pada harga RM1.039 juta (USD250,000).

Kalau nak tahu betapa lajunya Tesla Roadster, jom tonton video di atas yang telah dilakukan oleh Electrek. Sepantas kilat dia boleh memecut!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply