Artikel ini telah ditulis oleh Syammim Arifin
Kereta mendapat sifatnya kerana ia beroperasi dengan menggunakan roda, yang terdiri dari tayar dan rim. Segala sistem tercanggih yang ada – enjin turbo, transmisi dwiklac, spring & damper ‘adjustable’ – tak berguna sedikit pun kalau tayar dan rim yang digunakan bukan dari jenis berkualiti. Motivasi untuk memilih tayar dan rim ada banyak. Ramai memilih faktor estetik – biasanya tayar low profile dengan rim yang lebih besar yang lebih bergaya. Tapi jangan lupa juga faktor prestasi, keselamatan, keselesaan dan juga kos yang tidak kurang pentingnya.
Berikut adalah beberapa tips memilih rim dan tayar yang baik :
1. Pastikan saiz tayar dan rim yang betul
Saiz tayar mestilah sesuai dengan spesifikasi kereta- biasanya kereta direka untuk saiz rim dan tayar yang besar sedikit dari yang standard. Periksa manual kenderaan. Kalau saiz rim dan tayar terlalu besar, ada kemungkinan tersentuh semasa kereta membuai sewaktu melepasi ‘bump’ yang besar, atau ketika membawa penumpang dan barangan penuh. Biasanya jika saiz standard ialah 15 inci, dua saiz lebih besar (16 & 17 inci) boleh digunakan.
Saiz tayar pula mesti sesuai dengan saiz rim, bukan sahaja dari segi diameter dalaman, tapi juga lebar tayar. Rujuk standard pembuat tayar atau standard persatuan tayar seperti ETRTO (Eropah) atau JATMA (Jepun). Jika lebar tayar terlalu besar atau kecil untuk saiz lebar rim, risiko tayar mudah rosak akan lebih besar.
Size rim bukanlah terhad pada diameter semata-mata. Ambil kira juga offset rim (berapa jauh kedudukan permukaan hab pada rim dari garis tengah tayar), yang biasanya ditentukan oleh pengilang kereta. Sebagai contoh, jika desain standard untuk rim sesebuah model kenderaan ialah 42mm, adalah baik jika offset ini dikekalkan sewaktu menggantikan rim baru. Offset ini berkait rapat dengan paksi steering, ketahanan bearing pada hab, sistem brek dan sebagainya, dan oleh yang demikian mempunyai banyak hubungkait dengan pelbagai aspek prestasi kereta dan tidak sepatutnya dipandang remeh.
Kombinasi rim dan tayar juga menentukan jumlah berat roda yang tidak kurang penting kepada prestasi pecutan dan penggunaan bahanapi, dan juga ride comfort. Jadi janganlah pakai rim yang besar-besar yang murah kemudian merungut kereta lembab memecut dan kuat makan minyak.
Ada juga kereta model mewah yang memakai tayar ‘runflat’ atau ‘extended mobility’ yang memungkinkan kereta dipandu walau tayar hilang tekanan. Tayar sebegini amat mahal, namun kebaikannya adalah model kereta yang menggunakan tayar ini tidak dilengkapi dengan tayar simpanan, jadi beban berat berkurangan dan ruang but lebih besar.
2. Pastikan prestasi tayar sesuai dengan jenis pemanduan
Tayar seperti komponen kereta yang lain terdiri dari julat prestasi yang pelbagai – dari tayar V-rated untuk halaju tinggi dan grip maksimum, ke tayar yang bunganya tahan lama (tapi keras, bising dan gripnya kurang). Ada juga tayar yang fokus kepada prestasi jalan basah, dan ada yang direka untuk menjimatkan penggunaan minyak (rolling resistance yang rendah). Apa pun buat kajian dan pastikan ia sesuai dengan kegunaan anda. Jangan terlalu fokus kepada satu-satu aspek sahaja, kerana kebiasaannya pasti ada aspek lain yang akan terkompromi.
Antara faktor-faktor prestasi yang perlu diambil kira :
– Cengkaman maksimum – tayar untuk kegunaan track-day mempunyai cengkaman yang baik tapi mungkin hanya tahan 20-30 ribu km sahaja. Biasanya tayar jenis ini juga mempunyai rating halaju yang tinggi (Z atau V-rated), permukaan bunga yang hampir penuh (kurang groove atau longkang utk pengaliran air- jadi baik memaksimakan cengkaman kering), dan compound getah yang lembut
– Prestasi jalan basah – Tayar yang mempunyai bunga yang membantu merembes air secara efisyen lebih stabil dalam keadaan jalan basah dengan mengurangkan kemungkinan ‘aquaplaning’ – keadaan di mana tayar ‘terapung’ kerana lapisan air terperangkap di bawah tapak tayar sewaktu halaju tinggi dalam keadaan basah. Prestasi basah juga baik bagi jenis tayar yang mempunyai adunan kompaun silika pada bunga tayar.
– Tahap NVH tayar – ada jenis tayar lebih bising kerana jenis kompoun dan bentuk bunga tayar yang mungkin mempunyai resonan bunyi pada halaju tertentu. Ia juga berkait rapat dengan ride comfort – tayar yang bising biasanya kurang selesa dipandu pada permukaan tidak rata. Pastikan tayar yang dipilih sesuai dengan tahap NVH yang dikehendaki.
– Jangka hayat tayar yang panjang – hati-hati dengan janji jangkahayat tayar yang panjang kerana kemungkinan tayar seperti ini menggunakan kompaun bunga yang keras dan tinggi yang mungkin mengurangkan prestasi cengkaman dan maklumbalas kepada roda steering.
– Mungkin kurang relevan untuk Malaysia – Tayar musim sejuk – tayar ‘winter’ mempunyai kompaun dan bentuk bunga yang khas untuk mencengkam di atas ais dan salji pada suhu yang rendah. Ada juga yang mempunyai stud atau paku. Kadangkala terdapat tayar terpakai dari jenis ini yang entah bagaimana dapat menyelinap masuk ke dalam negara kerana tayar sebegini tidak sesuai untuk digunakan pada permukaan kering dan suhu tinggi.
3. Pastikan tayar dan rim bermutu tinggi
Sikap berjimat sikap yang bagus, tapi untuk tayar dan rim biasanya sikap terlalu berjimat boleh mengundang bahaya. Sekali lagi, tayar dan rim adalah komponen tunggal yang menampung segala daya membelok, membrek dan memecut sesebuah kenderaan. Keluarkanlah belanja sedikit untuk membeli tayar dan rim yang berjenama. Lebih-lebih lagi dalam keadaan pasaran yang semakin dipenuhi jenama-jenama murah yang produknya diragukan dari segi kualiti. Juga elakkan membeli tayar dan rim yang terpakai. Tayar terpakai kadangkala dilorek semula bunganya yang penjualannya salah dari sisi undang-undang. Manakala rim terpakai kadangkala sudah pernah terbengkok, dan tak kurang juga yang mempunyai lubang hab yang ditebuk lebih untuk PCD (Pitch Circle Diameter) berbeza-beza. Ini adalah amat berbahaya kerana ia boleh melemahkan struktur penting rim tersebut.
Setelah set tayar dan rim yang baik dan sesuai dengan kegunaan telah dipilih, seterusnya pastikan proses pemasangan dilakukan secara baik juga. Pastikan tayar dipasang selaras dengan kedudukan rim (perhatikan titik-titik merah dan kuning pada tayar – pastikan pemasangan diselaraskan dengan titik putih pada rim) untuk mengurangkan getaran sewaktu roda berputar. Tayar dan rim seharusnya di set pada tekanan angin sejuk yang betul (pastikan jika ada beza pada tayar depan dan belakang), dan kemudian barulah dipasang ke mesin pengimbang untuk diimbangkan dengan pemberat logam. Pastikan pemberat logam yang betul digunakan pada bibir rim dan bahagian dalam rim dan ia dilekatkan secara sempurna supaya tidak tertanggal.
Sesetengah mesin pengimbang yang canggih boleh menentukan kedudukan roda yang sesuai pada kereta (hadapan/belakang dan kiri/kanan) sesuai dengan kadar daya sisi (lateral force) yang boleh meminimakan kereta ‘pulling’ ke arah kiri atau kanan. Menerusi tayar dan rim, ada empat tempat kereta anda bersentuh dengan jalanraya, setiap satunya sebesar tapak tangan. Kombinasi tayar dan rim dan kepentingannya terhadap prestasi dan keselamatan kereta tidak boleh dipandang mudah.
* Syammim Arifin kini berkhidmat dengan sebuah firma automotif, Benteler Engineering Services, anak syarikat Benteler Automotive di China. Sebelum itu beliau telah berkhidmat dengan Proton dan antara jurutera yang telah terlibat untuk penalaan sistem suspensi Proton Prevé.
Diharapkan artikel dan perkongsian ilmu dari Syammim Arifin dapat memberi panduan kepada kita untuk memilih tayar dan rim yang sesuai, lebih-lebih lagi dekat Raya ni pastinya ramai yang ingin beli kasut baru untuk kereta kesayangan mereka.
sejak menggunakan waja cps 4 tahun lalu, aku tak tergerak hati pulak nak tukar rim. bukan ape, kos nak beli rim baru bukan murah, rasanya ada sesetengah kedai tayar menjual rim yg tidak jujur. mereka hanya ingin melariskan jualan mereka tanpa mengambil kira isu keselamatan pembeli. Yg tak jujur tu, kalau nak buat balancing dan alingment pun siap tipu pengguna. skru camber tak eloklah, rim asal tak kuatlah…mcm2 lagi.(ikut pengalaman aku)
so, selain daripada memilih rim dan tayar yg sesuai, pastikan juga kedai tersebut benar2 jujur dan profesional. Bawak kawan yang dah tahu selok belok kedai tu.
KERETA EZORA SESUAI PAKAI REM DAN TAYER SAIZ APA?
aku pakai yg std jek.
aku bukan engineer kete yg tau selek belok kete.
for of all if you are into aftermarkets DONT choose wheels that gives you problems later. like wrong width and offset which doesnt fit the wheel arch.
strange ,,,now people are much into stretch tires on wheels.
its scrub wheel arch. and rims is not well protocted due to the exposure, soft side walls are exposed to unpleasent object.
sometimes they have to go with super hard spring to protect the wheel arch. as a result – unbalanced ride and handling.
– victims of trend –
stretch tire
http://i85.photobucket.com/albums/k76/moog177/Pho%20Meet/0011.jpg
http://i2.photobucket.com/albums/y29/eurowner/stretchgonebad.jpg
http://i234.photobucket.com/albums/ee82/david88_corsa/DSCN1978.jpg
http://i906.photobucket.com/albums/ac268/di-devol/IMG492.jpg
http://i45.tinypic.com/350p1n8.jpg
stretch tire fans,,,BEWARE, IT CAN CAUSED LIFE.
cakap pasal jujur ni aku pun dah terkena dah… critanya aku nk tukar tayar je sebijik.. last2 beria2 dia kata rim aku bengkok.. tak makan umpan aku dengan apek tu.. tpi yg peliknya punya la lama dia tukar tayar kete ni.. biasa buka pasang tayar ni kejap je.. bila siap tu dia nasihat aku baik2.. u pakai dulu.. ini rim sudah bengkok.. nanti mesti x stabil punya.. nti kalau rasa x ok datang je saya kasi harga ok punya… ini rim sy boleh trima lagi RM 500. kita trade in saje… aku pun bla je lah.. bila bwk laju tu memang ada rasa x stabil.. aku dah start percaya kata dia.. cuma malas nk pgi je… sampai la satu hari aku basuh kete sendiri.. baru la aku perasan pemberat timah kat rim tu kena potong separuh.. berkilat lagi kesan kena pahat kat situ… garis2 kesan dia mencukil pun x hilang kat rim asal tu… moral dia.. wajib perhatikan bila dia org buat keje.. jangan dok liar sngt mata tgk rim kt kedai tu..
1. kereta honda oddesey 2.4 rim17 paling sesuai tayar ?
2. ada sikit terkoyak sebesar 2 kepala anak mancis pada tepi tayar ok lg ke tayar tu.
1. nissan x trail QR20DE sesuai pakai rim dan tayar saiz apa untuk mendapatkan prestasi terbaik ?
2. Kalau Nissan X Trail QR20DE ini nak dipasang rim saiz 17, apakah berat rim yang sesuai untuk prestasi kekal sama dengan rim standard OEM ?
Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Nak cari bateri dan package service kereta pun ada…
Terima kasih tuan tanah.
Tumpang tanya…ada masalah x kalau pakai rim tyar x sama utk saga flx…depan 175/70R13, belakang 185/60R14..minta pendapat..
hello kwan2. .nak tnya pendapat kwan2 semua yg lebih berpengalaman..jika sya guna rim saiz 17(absober depan dan belakang tidak tukar n masih standard) utk kereta proton waja,apa kh spec rim n tayar yg perlu sya guna? cth(17inch/8.5jj/et38)